Malaysia legislation

Section 83

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 83

(a)

telah dipotong daripada Daftarai selain atas permintaannya sendiri di mana-mana bahagian Malaysia atau di Singapura atau di tempat lain dan masih terpotong;

(b)

telah digantung daripada menjalankan amalan sebagai peguam bela dan peguam cara di mana-mana bahagian

Malaysia atau di Singapura atau di tempat lain dan masih tergantung;

Profesion Undang-Undang 111

(c)

telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan kecurangan atau fraud atau telah didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1961 [Akta 57];

(d)

telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen 15A

Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336] atau di bawah Akta ini;

(e)

merupakan seorang yang berkenaan dengannya telah dibuat suatu perintah di bawah subseksyen (2); atau

(f)

diguna khidmat sebagai pegawai awam:

Dengan syarat bahawa perenggan (f) tidak terpakai bagi mana-mana pegawai awam yang ialah seorang peguam bela dan peguam cara atau seorang yang berkelayakan.

(2)

Atas permohonan yang dibuat oleh atau bagi pihak Peguam

Negara atau Badan Peguam Malaysia, Mahkamah boleh membuat suatu perintah yang mengarahkan bahawa, mulai suatu tarikh yang akan dinyatakan dalam perintah itu, tiada seorang pun peguam bela dan peguam cara boleh berkaitan dengan amalannya mengguna khidmat atau menyara mana-mana orang yang—

(a)

telah menjadi suatu pihak dalam apa-apa perbuatan atau kemungkiran seseorang peguam bela dan peguam cara yang berkenaan dengannya suatu aduan telah atau mungkin telah dibuat terhadapnya di bawah Akta ini; atau

(b)

telah berkelakuan sedemikian semasa diguna khidmat oleh seorang peguam bela dan peguam cara hingga, jika dia sendiri telah menjadi seorang peguam bela dan peguam cara, kelakuannya itu mungkin telah menjadi perkara suatu aduan terhadapnya di bawah Akta ini.

 CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Pencegahan Rasuah 1997 [Akta 575] yang kemudiannya dimansuhkan oleh Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].

112 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

(3)

Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (2) hendaklah disampaikan dalam tempoh tidak kurang daripada sepuluh hari sebelum permohonan itu didengar kepada orang yang berkenaan dengannya ia dibuat dan kepada majikannya atau majikannya yang dahulu yang ialah seorang peguam bela dan peguam cara.

(4)

Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)

hendaklah difailkan dalam suatu fail yang dikehendaki disimpan bagi maksud ini oleh Pendaftar dan fail itu boleh diperiksa oleh mana-mana peguam bela dan peguam cara tanpa fi.

(5)

Sebelum seseorang peguam bela dan peguam cara mengguna khidmat atau menyara mana-mana orang (selain seorang peguam bela dan peguam cara atau orang yang berkelayakan) berkaitan dengan amalannya sebagai demikian, dia hendaklah meminta orang itu membuat suatu akuan berkanun yang menyatakan bahawa dia bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan dan bahawa dia tidak termasuk dalam golongan orang yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) hingga

(f)

dan bahawa dia bukan seorang yang berkenaan dengannya suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen (2).

(6)

Mana-mana peguam bela dan peguam cara yang bertindak bersalahan dengan seksyen ini boleh dikenakan prosiding tatatertib.

Peguam bela dan peguam cara yang bertindak bagi pihak pemaju perumahan tidak boleh bertindak bagi pihak pembeli dalam pemajuan perumahan

Section 83 — AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976 | mylaw.my