Malaysia legislation
Section 88
Seksyen 88
(2)
Jika nama seseorang peguam bela dan peguam cara dikeluarkan daripada Daftarai atau jika seseorang peguam bela dan peguam cara digantung daripada menjalankan amalan, dia hendaklah dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh yang material itu memuaskan hati Majlis Peguam bahawa dia telah membuat perkiraan yang sesuai untuk mengadakan kepada kliennya atau kepada peguam bela dan peguam cara lain atau peguam bela dan peguam cara yang diarahkan oleh kliennya atau olehnya sendiri—
(a)
semua surat ikatan wasiat, dokumen yang menjadi atau membuktikan hakmilik terhadap apa-apa harta, kertas, buku akaun, rekod, baucer dan dokumen lain yang ada dalam milik atau kawalannya atau dalam milik atau kawalan firmanya, atau berhubung dengan apa-apa amanah yang baginya dia ialah pemegang amanah yang tunggal atau pemegang amanah bersama dengan seorang pekongsi, kerani atau pekhidmatnya atau lebih; dan
(b)
semua wang yang kena dibayar olehnya atau oleh firmanya kepada kliennya atau yang dipegang olehnya atau oleh firmanya bagi pihak kliennya atau yang tertakluk kepada apa-apa amanah sebagaimana yang disebut terdahulu.
Profesion Undang-Undang 117
(3)
Jika dia tidak memberi keterangan yang memuaskan hati
Majlis Peguam, Jadual tersebut hendaklah terpakai berhubung dengannya.
(4)
Dalam subseksyen (2), ungkapan “tarikh yang material”
ertinya tarikh terakhir antara tarikh yang berikut:
(a)
tarikh bila perintah Jawatankuasa Tatatertib atau perintah
Mahkamah yang dengannya atau yang menurutnya nama peguam bela dan peguam cara itu dikeluarkan atau dipotong, daripada Daftarai atau peguam bela dan peguam cara itu digantung daripada menjalankan amalan, akan mula berkuat kuasa;
(b)
tarikh akhir yang sesuatu rayuan terhadap perintah dalam perenggan (a) boleh dibuat;
(c)
tarikh yang sesuatu rayuan di bawah perenggan (b) ditolak atau ditinggalkan.
(5)
Dalam seksyen ini dan dalam Jadual, perkataan “amanah” dan
“pemegang amanah” mempunyai erti yang sama seperti dalam subseksyen 78(6).
Penggantungan peguam bela dan peguam cara daripada menjalankan amalan