Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(2)
Seseorang pelajar Institusi tidak boleh—
(a)
menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(b)
menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang Menteri, selepas berunding dengan Ketua
Eksekutif, menetapkan dan menyatakan secara bertulis kepada Ketua Eksekutif sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Institusi itu.
*(c) (Dipotong oleh Akta A1584).
(3)
Seseorang pelajar Institusi dan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Institusi yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, tidak boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap─
*CATATAN— Lihat seksyen 3 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2019 [Akta A1584]
bagi peruntukan peralihan berhubung dengan pemakaian perenggan 10(2)(c) .
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 174
(a)
mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(b)
mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang Menteri, selepas berunding dengan Ketua
Eksekutif, menetapkan dan menyatakan secara bertulis kepada Ketua Eksekutif sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Institusi itu.
(4)
Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pelajar Institusi tidak boleh dihalang daripada─
(a)
membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya; atau
(b)
menyatakan pendirian mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) dalam sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (3)(b)
sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Institusi itu.
(5)
Institusi hendaklah mengawal selia aktiviti pelajar dan persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Institusi di dalam kampus.
Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang memungut wang