Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976

Seksyen 12

Jika suatu kesalahan boleh daftar telah dilakukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan kesalahan itu telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan atas nama atau bagi pihak mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar suatu Institusi yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Akta ini, tiap-tiap orang yang disabitkan atas kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib dan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar itu hendaklah diuruskan mengikut seksyen 9.