Malaysia legislation

Section 18

of *AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976

Seksyen 18

(2)

Jika sesuatu persatuan dibubarkan di bawah subseksyen 17(1)

Akta Pertubuhan 1966, hendaklah terpakai mengenainya mutatis mutandis seolah-olah ia adalah suatu persatuan yang pendaftarannya telah dibatalkan di bawah Akta tersebut.

(3)

Jika sesuatu syarikat kerjasama dibubarkan di bawah subseksyen (1) Pendaftar Syarikat Kerjasama yang berkenaan hendaklah melantik seorang yang berwibawa untuk menjadi pelikuidasi syarikat kerjasama itu, tertakluk pada arahan dan kawalan Pendaftar

Syarikat Kerjasama dan peruntukan Ordinan Syarikat Kerjasama yang berkenaan hendaklah terpakai bagi syarikat kerjasama itu seolah-olah ia adalah suatu syarikat kerjasama yang pendaftarannya telah dibatalkan di bawah Ordinan itu dan pelikuidasi tersebut telah dilantik sebagai pelikuidasinya di bawah seksyen 41 Ordinan itu.

(4)

Jika seseorang yang telah menjadi anggota sesuatu persatuan atau sesuatu syarikat kerjasama semasa ia seorang pelajar sesuatu

Institusi telah terus menjadi anggotanya selepas ia telah berhenti daripada menjadi seorang pelajar sesuatu Institusi, maka ia hendaklah, bagi maksud menentukan di bawah seksyen ini sama ada anggota persatuan atau syarikat kerjasama itu adalah kesemuanya atau kebanyakannya pelajar daripada satu Institusi atau lebih, disifatkan sebagai seorang pelajar sesuatu Institusi.

(5)

Apa-apa soalan tentang sama ada ahli sesuatu persatuan atau sesuatu syarikat kerjasama, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah kesemuanya atau kebanyakannya pelajar daripada satu Institusi atau lebih hendaklah diputuskan oleh Pendaftar Pertubuhan atau

Pendaftar Syarikat Kerjasama yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan keputusannya mengenai soal itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan atau dikaji semula dalam mana-mana mahkamah.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 174

Seksyen 17 dan 18 hendaklah mengatasi Akta Pertubuhan 1966

atau Ordinan Syarikat Kerjasama yang berkenaan

Section 18 — EDUCATIONAL INSTITUTIONS (DISCIPLINE) ACT 1976