Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976

Seksyen 20

(2)

Semua apa jua wang, harta, aset dan hak semua pertubuhan dan badan pelajar yang sedia ada dalam sesuatu Institusi sebaik sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini dan tanpa apa-apa jua pemindahhakan, serah hak atau pindah hakmilik, terletak hak secara berikut:

(a)

jika Institusi itu adalah suatu perbadanan, atau adalah kepunyaan suatu perbadanan, sama ada suatu perbadanan

*CATATAN—Ordinan Syarikat Kerjasama 1948, Malaysia Barat [Ord. P.T.M. 33 tahun 1948] telah dimansuhkan oleh seksyen 95 Akta Syarikat Kerjasama 1993 [Akta 502].

Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 21

tunggal atau suatu perbadanan kumpulan ia hendaklah terletak hak pada perbadanan itu;

(b)

jika Institusi itu bukan suatu perbadanan dan juga bukan kepunyaan suatu perbadanan, ia hendaklah terletak hak pada orang atau orang-orang yang mempunyai Institusi itu, atau pada pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah Institusi itu, jika ada, dan hendaklah digunakan bagi faedah pelajar Institusi itu dengan cara sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Eksekutif menurut budi bicara mutlaknya.

(3)

Seseorang yang ada dalam milikannya atau dalam jagaan, kawalan atau tanggungannya apa-apa jua wang, harta, aset atau hak yang tersebut dalam subseksyen (2), atau apa-apa dokumen berkenaan dengannya, hendaklah serta-merta menyerahkan wang, harta, aset, hak atau dokumen itu kepada dan ke dalam milikan perbadanan, orang, atau pemegang amanah yang padanya wang, harta, aset, hak atau dokumen itu terletak hak mengikut subseksyen (2), dan ia hendaklah melakukan semua perbuatan atau perkara yang perlu untuk menyempurnakan penyerahan atau pemilikan itu.

(4)

Perbadanan, orang, atau pemegang amanah yang padanya perletakhakan itu adalah dilakukan mengikut subseksyen (2) adalah tidak bertanggungjawab atau tidak bertanggungan untuk menunaikan apa-apa jua bayaran, hutang, kewajipan atau tanggungan mana-mana pertubuhan atau badan pelajar yang tersebut dalam subseksyen (2):

Dengan syarat, walau bagaimanapun, bahawa Ketua Eksekutif

Institusi itu boleh, menurut budi bicara mutlaknya, membuat keputusan untuk menggunakan apa-apa jua wang, harta, aset atau hak yang terletak hak seperti tersebut di atas mengikut subseksyen (2) bagi menunaikan, apa-apa bayaran, hutang, kewajipan atau tanggungan mana-mana pertubuhan atau badan pelajar itu jika difikirkannya adil dan wajar berbuat demikian.

(5)

Dalam seksyen ini “orang” termasuklah Kerajaan Malaysia atau sesuatu Kerajaan Negeri.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 174

(6)

Menteri boleh dengan perintah yang disiarkan dalam Warta membuat apa-apa peruntukan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud menguatkuasakan peruntukan seksyen ini atau untuk menghapuskan apa-apa kesulitan yang disebabkan oleh peruntukan itu.