Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“Institusi” ertinya sesuatu institusi, selain suatu Universiti, yang memberi pelajaran, pengajaran atau latihan daripada apa-apa jenis
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 174
kepada mana-mana orang, dan yang dinyatakan atau diperihalkan dalam Jadual Pertama;
“Jawatankuasa Perwakilan Pelajar” atau “JPP” ertinya Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar yang ditetapkan di bawah seksyen 7;
“kakitangan” termasuklah sesiapa yang diambil khidmat oleh atau dalam sesuatu Institusi;
“kesalahan boleh daftar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7];
“Ketua Eksekutif” ertinya pegawai atau kakitangan Institusi yang bertugas sebagai pegawai eksekutif utama Institusi;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi pelajaran atau Menteri yang bertanggungjawab bagi pengajian tinggi, mengikut kehendak keadaan;
“Pegawai Hal Ehwal Pelajar” ertinya seseorang kakitangan sesuatu
Institusi yang ditetapkan sedemikian oleh Menteri di bawah subseksyen 5(1);
“pelajar” ertinya seseorang yang menerima pelajaran, pengajaran atau latihan daripada apa-apa jenis daripada atau dalam sesuatu
Institusi;
“Universiti” ertinya sesuatu Universiti atau sesuatu Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
[Akta 30].
Kuasa Menteri untuk memutuskan sesuatu persoalan tentang