Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976

Seksyen 5

Institusi

(2)

Pegawai Hal Ehwal Pelajar adalah berkuasa mengambil apa-apa tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib yang diperuntukkan di bawah Jadual Kedua.

(3)

Pegawai Hal Ehwal Pelajar boleh mewakilkan fungsi, kuasa atau kewajipan tatatertibnya kepada mana-mana kakitangan atau mana-mana lembaga kakitangan, berkenaan dengan mana-mana pelajar tertentu atau mana-mana golongan atau kategori pelajar sesuatu

Institusi.

(3A)

Pegawai Hal Ehwal Pelajar, atau mana-mana kakitangan atau mana-mana lembaga kakitangan yang diwakilkan fungsi, kuasa atau kewajipan di bawah subseksyen (3) hendaklah memaklumkan pelajar itu secara bertulis alasan bagi tindakan tatatertib yang dicadangkan diambil terhadapnya dan hendaklah memberikannya peluang yang munasabah untuk didengar.

(3B)

Seseorang pelajar sesuatu Institusi hendaklah mempunyai hak untuk diwakili oleh seseorang kakitangan atau pelajar lain Institusi itu dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadapnya.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 174

(3C)

Seseorang pelajar sesuatu Institusi hendaklah dibenarkan untuk membuat representasi bertulis atau lisan dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadapnya.

(3D)

Keputusan Pegawai Hal Ehwal Pelajar, mana-mana kakitangan atau mana-mana lembaga kakitangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadap seseorang pelajar sesuatu Institusi hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan itu.

(4)

Mana-mana pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan

Pegawai Hal Ehwal Pelajar, kakitangan atau lembaga kakitangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah subsekyen (3D) boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan keputusan itu, mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan

Tatatertib Pelajar yang ditubuhkan oleh Menteri di bawah subseksyen (5).

(5)

Menteri hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa Rayuan

Tatatertib Pelajar untuk mendengar dan menentukan apa-apa rayuan yang dikemukakan oleh seseorang pelajar di bawah subseksyen (4).

(6)

Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar hendaklah terdiri daripada tiga orang anggota yang dilantik oleh Menteri daripada dalam atau luar Institusi itu, seorang daripadanya hendaklah menjadi pengerusi Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar itu.

(7)

Tiada seorang pun yang telah menjalankan kuasa di bawah subseksyen (2) atau (3) boleh menjadi anggota Jawatankuasa Rayuan

Tatatertib Pelajar.

(8)

Seseorang pelajar sesuatu Institusi yang mengemukakan rayuan di bawah subseksyen (4) hendaklah mempunyai hak untuk diwakili oleh seseorang kakitangan atau pelajar lain Institusi itu dalam mana-mana prosiding di hadapan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib

Pelajar.

(9)

Seseorang pelajar sesuatu Institusi yang mengemukakan rayuan di bawah subseksyen (4) hendaklah dibenarkan untuk membuat

Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 11

representasi bertulis dalam mana-mana prosiding di hadapan

Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar.

(10)

Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar yang mendengar suatu rayuan di bawah subseksyen (5) hendaklah memutuskan rayuan itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan rayuan itu.

(11)

Keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar mengenai sesuatu rayuan hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusannya.

Kaedah-Kaedah tatatertib pelajar

Section 5 — EDUCATIONAL INSTITUTIONS (DISCIPLINE) ACT 1976