Malaysia legislation
Section
Section 11
(1)
Untuk membolehkan sesuatu cap dagangan didaftarkan dalam Bahagian B dalam Daftar, cap dagangan itu mistilah distinktif atau boleh menjadi distinktif akan barang-barang yang mengenainya ia didaftarkan dan yang dengannya tuanpunya cap dagangan itu ada atau mungkin ada hubungan dalam perjalanan perdagangan daripada barang-barang yang dengannya tidak ada apa-apa hubungan, samada pada amnya atau, jika cap dagangan itu didaftarkan atau dicadang untuk didaftarkan dengan tertakluk kepada syarat-syarat, pindaan-pindaan, ubahsuaian-ubahsuaian, atau batasan-batasan, cap dagangan itu mistilah distinktif atau boleh menjadi distinktif akan barang-barang berhubung dengan penggunaan dalam takat pendaftarannya.