Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Jika seseorang membuat suatu permohonan untuk mendaftarkan suatu cap dagangan yang mengandungi atau yang termasuk nama atau gambaran seorang lain samada orang itu/mati-atau-hidup, Pendaftar boleh menghendaki pemohon itu memberi kepadanya persetujuan orang itu, jika orang itu hidup, atau persetujuan wakil di sisi undang-undang orang itu, jika orang itu mati, sebelum membenarkan nama atau gambaran itu digunakan sebagai suatu cap dagangan.
(b)
sesuatu cap yang khusus diisytiharkan oleh Menteri dalam sesuatu peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu cap larangan.
(a)
perkataan atau perkataan-perkataan "Jaminhak", "Dijaminhak", "Dengan Jaminhak Surat Diraja", "Berdaftar", "Rekabentuk Berdaftar" dan "Hakcipta" atau sesuatu perkataan atau perkataan-perkataan yang bermaksud demikian itu dalam apa-apa jua bahasa; atau