Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(a)
mengandungi apa-apa bahagian—
(i)
yang tidak menjadi perkara suatu permohonan berasingan oleh tuanpunyanya untuk didaftarkan sebagai suatu cap dagangan; atau
(ii)
yang tidak didaftarkan secara berasingan oleh tuanpunyanya sebagai suatu cap dagangan; atau
(b)
mengandungi perkara yang biasa kepada perdagangan atau perniagaan atau yang tidak distinktif,
Pendaftar atau Mahkamah, pada memutuskan samada cap dagangan itu hendaklah dicatitkan atau hendaklah berada dalam Daftar, boleh menghendaki sebagai suatu syarat bagi cap dagangan itu berada dalam Daftar, supaya tuanpunyanya melucutkan apa-apa hak ke atas penggunaan eksklusif akan mana-mana bahagian atau perkara itu, iaitu penggunaan eksklusif yang tuanpunya itu tidak berhak ke atasnya mengikut pendapat Pendaftar atau Mahkamah atau supaya tuanpunyanya membuat apa-apa pelucutan lain yang difikirkan perlu oleh Pendaftar atau Mahkamah bagi maksud menentukan hak-haknya di bawah pendaftaran itu.
(2)
Tiada apa-apa pelucutan dalam Daftar boleh menyentuh apa-apa hak tuanpunya sesuatu cap dagangan kecuali sesuatu hak yang terbit dari pendaftaran cap dagangan itu yang mengenainya pelucutan itu dibuat.