Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(2)
Jika permohonan-permohonan yang berasingan dibuat oleh orang-orang yang berlainan untuk didaftarkan masing-masing sebagai tuanpunya-tuanpunya cap-cap dagangan yang serupa atau yang hampir-hampir menyerupai satu sama lain mengenai barang-barang yang sama atau mengenai barang-barang dari perihal yang sama, Pendaftar boleh enggan mendaftarkan mana-mana daripada mereka sehingga hak-hak mereka telah ditentukan oleh Mahkamah atau telah diselesaikan dengan persetujuan mengikut cara yang diluluskan oleh Pendaftar atau oleh Mahkamah.