Malaysia legislation

Section 21

of AKTA CAP DAGANGAN 1976

Seksyen 21

(a)

bagi pihak kedua-dua atau semua daripada mereka; atau

(b)

berhubung dengan barang-barang/ dengan mana kedua-dua atau semua daripada mereka ada hubungan dalam perjalanan perdagangan;

maka kedua-dua atau semua daripada mereka boleh didaftarkan sebagai tuanpunya-tuanpunya bersama bagi cap dagangan itu dan Akta ini adalah berkuatkuasa berhubung dengan apa-apa hak orang-orang itu ke atas penggunaan cap dagangan itu seolah-olah hak-hak itu adalah hak-hak bagi seorang sahaja.

(2)

Tertakluk kepada seksyen-kecil (1), tiada apa-apa jua dalam Akta ini membenar dua orang atau lebih yang menggunakan suatu cap dagangan secara bebas, atau yang bercadang hendak menggunakannya didaftarkan sebagai tuanpunya-tuanpunya bersama cap dagangan itu.