Malaysia legislation

Section 22

of AKTA CAP DAGANGAN 1976

Seksyen 22

(2)

Atas permohonan mengikut cara yang ditetapkan yang dibuat oleh tuanpunya berdaftar dua atau lebih cap-cap dagangan berkaitan, Pendaftar boleh membubarkan perkaitan itu mengenai mana-mana daripada cap-cap dagangan itu jika ia berpuashati bahawa tiada apa-apa perdayaan atau kekeliruan mungkin berlaku jika cap dagangan itu digunakan oleh seorang lain berhubung dengan mana-mana daripada barang-barang/yang mengenainya ia didaftarkan itu dan boleh meminda Daftar dengan sewajarnya.

(3)

Sesuatu keputusan Pendaftar di bawah seksyen-kecil

(2)

adalah tertakluk kepada rayuan kepada Mahkamah.