Malaysia legislation

Section 25

of AKTA CAP DAGANGAN 1976

Seksyen 25

(2)

Permohonan tidak boleh dibuat mengenai barang-barang/yang terdiri dari lebih daripada satu klas.

(3)

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, Pendaftar boleh menolak permohonan itu atau boleh menyetujuterimanya secara mutlak atau dengan tertakluk kepada syarat-syarat, pindaan-pindaan, ubahsuaian-ubahsuaian atau batasan-batasan, jika ada, sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan.

(4)

Jika Pendaftar menolak permohonan itu atau menyetujuterimanya dengan bersyarat Pendaftar hendaklah, jika dikehendaki oleh pemohon itu, menyatakan secara bertulis alasan-alasan keputusannya itu dan juga bahan yang digunakan olehnya pada mencapai keputusan itu.

(5)

Sesuatu keputusan Pendaftar di bawah seksyen-kecil

(3)

adalah tertakluk kepada rayuan kepada Mahkamah.

(6)

Sesuatu rayuan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dengan cara yang ditetapkan dan Mahkamah hendaklah. jika dikehendaki, mendengar pemohon itu dan juga Pendaftar, dan hendaklah membuat suatu perintah memutuskan samada, dan tertakluk kepada syarat-syarat, pindaan-pindaan, ubahsuaian-ubahsuaian atau batasan-batasan apakah, jika ada, permohonan itu akan disetujuterima.

(7)

Rayuan itu hendaklah didengar berasaskan bahan yang dinyatakan oleh Pendaftar itu sebagai telah digunakan olehnya pada mencapai keputusannya dan tiada apa-apa alasan lanjut mengenai bantahan terhadap penyetujuterimaan permohonan itu boleh dibenarkan untuk diambilkira oleh Pendaftar melainkan alasan-alasan yang telah dinyatakan sedemikian kecuali dengan kebenaran Mahkamah.

kata an perkhidmatan-perkhidmatan

ΔΔ BB1

(8)

Jika apa-apa alasan lanjut mengenai bantahan diambilkira, pemohon itu adalah berhak menarikbalik permohonannya tanpa membayar kos dengan memberi notis dengan cara yang ditetapkan.

(9)

Pendaftar atau Mahkamah, mengikut mana yang berkenaan, boleh pada bila-bila masa, samada sebelum atau selepas sesuatu permohonan disetujuterima, membetulkan apa-apa kesilapan dalam atau berkenaan dengan permohonan itu atau boleh membenarkan pemohon itu meminda permohonannya atas apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(10)

Sesuatu permohonan yang dikemukakan atau disetujuterima di bawah seksyen ini hendaklah, walau apapun pembetulan atau pindaan yang dibenarkan oleh Pendaftar atau Mahkamah untuk dibuat dalam permohonan itu, disifatkan sebagai telah dibuat pada tarikh ia dikemukakan pada asalnya.

(11)

Mengenai sesuatu permohonan untuk mendaftarkan suatu cap dagangan (lain daripada cap dagangan perakuan) dalam Bahagian A dalam Daftar, Pendaftar boleh dengan persetujuan pemohon itu mensifatkan permohonan itu sebagai permohonan untuk pendaftaran dalam Bahagian B dalam Daftar dan menguruskan permohonan itu dengan sewajarnya.

(12)

Tanpa menyentuh seksyen-kecil (10), jika selepas sesuatu permohonan disetujuterima untuk pendaftaran suatu cap dagangan tetapi sebelum cap dagangan itu didaftarkan Pendaftar berpuashati—

(a)

bahawa permohonan itu telah disetujuterima dengan silap; atau /

(b)

bahawa dalam keadaan khas hal itu cap dagangan itu tidak boleh didaftarkan atau hendaklah didaftarkan tertakluk kepada syarat-syarat atau batasan-batasan tambahan atau yang berlainan,

Pendaftar boleh menarikbalik penyetujuterimaan itu dan mengambil tindakan seolah-olah permohonan itu telah tidak disetujuterima!