Malaysia legislation

Section 26

of AKTA CAP DAGANGAN 1976

Seksyen 26

(a)

jika Pendaftar berpuashati bahawa suatu pertubuhan perbadanan hampir hendak ditubuhkan dan bahawa pemohon itu bercadang hendak menye-rahakkan cap dagangan itu kepada perbadanan itu dengan tujuan supaya ia digunakan oleh perbadanan itu berhubung dengan barang-barang/itu; atau

(b)

jika permohonan itu disertai dengan suatu permohonan untuk mendaftarkan seseorang sebagai seorang pengguna berdaftar cap dagangan itu, dan Pendaftar berpuashati bahawa tuanpunyanya itu mencadangkan cap dagangan itu digunakan oleh orang itu berhubung dengan barang-barang itu dan Pendaftar juga berpuashati bahawa orang itu akan didaftarkan sebagai seorang pengguna berdaftar cap dagangan itu selepas sahaja cap dagangan itu didaftarkan.

(2)

Pendaftar boleh, sebagai suatu syarat bagi menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen-kecil (1) untuk faedah pemohon, menghendaki pemohon memberi sekuriti bagi kos apa-apa langkah pembicaraan di hadapannya berhubung dengan apa-apa bangkangan dan, jika sekuriti itu tidak diberi dengan sewajarnya Pendaftar boleh mensifatkan permohonan itu sebagai digugurkan.

(3)

Jika suatu cap dagangan didaftarkan mengenai apaapa barang di bawah kuasa yang diberi oleh seksyen-kecil (1), maka melainkan perbadanan itu telah didaftarkan sebagai tuanpunya cap dagangan itu mengenai barang-barang itu dalam tempoh enam bulan, pendaftaran itu hendaklah berhenti berkuatkuasa mengenai barang-barang itu apabila tamat tempoh itu dan Pendaftar hendaklah meminda Daftar dengan sewajarnya.