Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
(2)
Iklan itu hendaklah menyatakan semua syarat, pindaan, ubahsuaian dan batasan yang tertakluk kepadanya permohonan itu telah disetujuterima kecuali bahawa Pendaftar boleh mengarahkan supaya suatu permohonan untuk mendaftarkan suatu cap dagangan diiklankan sebelum permohonan itu disetujuterima jika/permohonan itu-dibuat-di-bawah-perenggan-
seksyen-kecil (1) seksyen 10- atau, dalam sesuatu hal lain, jika Pendaftar dapati sesuai berbuat demikian oleh sebab apa-apa hal keadaan yang terkecuali.
(3)
Jika sesuatu permohonan telah diiklankan di bawah seksyen-kecil (2) Pendaftar boleh, jika difikirkannya patut, mengiklankan permohonan itu sekali lagi apabila ia telah disetujuterima tetapi Pendaftar tidaklah terikat untuk berbuat demikian itu.
(2)
Notis itu hendaklah diberi secara bertulis dengan cara yang ditetapkan dan hendaklah termasuk suatu pernyataan tentang alasan-alasan bangkangan itu.
(3)
Pendaftar hendaklah menghantar suatu salinan notis itu kepada pemohon dan pemohon hendaklah, selepas menerima notis itu, menghantar dalam tempoh yang ditetapkan, kepada Pendaftar dengan cara yang ditetapkan suatu pernyataan-balas mengenai alasan-alasan bagi permohonannya itu, dan, jika ia tidak berbuat demikian itu, ia hendaklah disifatkan sebagai telah menggugurkan permohonannya.
(BA)---
(4)
Jika pemohon mengemukakan suatu pernyataan-balas itu ia hendaklah memberi suatu salinannya kepada pembangkang dan Pendaftar hendaklah selepas memberi pemohon dan pembangkang suatu peluang untuk didengar memutuskan samada—
(a)
enggan mendaftarkan cap dagangan itu;
(b)
mendaftarkan cap dagangan itu secara mutlak; atau
(c)
mendaftarkan cap dagangan itu dengan tertakluk kepada apa-apa syarat, pindaan, ubahsuaian atau batasan yang difikirkannya patut.
(5)
Sesuatu keputusan Pendaftar di bawah seksyen-kecil
(4)
adalah tertakluk kepada rayuan kepada Mahkamah.
(6)
Sesuatu rayuan di bawah seksyen ini hendaklah mengikut cara yang ditetapkan dan Mahkamah hendaklah, jika dikehendaki, mendengar pihak-pihak itu dan juga Pendaftar dan hendaklah membuat suatu perintah memutuskan samada, dan tertakluk kepada syarat-syarat, pindaanpindaan, ubahsuaian-ubahsuaian atau batasan-batasan apakah, jika ada, pendaftaran akan dibenarkan.
(7)
Apabila didengar sesuatu rayuan di bawah seksyen ini mana-mana pihak boleh, samada dengan cara yang ditetapkan atau dengan kebenaran khas Mahkamah, mengemukakan bahan lanjut bagi pertimbangan Mahkamah tetapi tiada apa-apa alasan lanjut mengenai bantahan terhadap pendaftaran sesuatu cap dagangan boleh dibenar dikemukakan oleh pembangkang atau Pendaftar melainkan alasan-alasan yang telah dinyatakan oleh pembangkang itu kecuali dengan kebenaran Mahkamah.
(8)
Jika apa-apa alasan lanjut mengenai bantahan dikemukakan, pemohon adalah berhak menarikbalik permohonannya tanpa membayar kos pembangkang dengan memberi notis sebagaimana ditetapkan.
(9)
Dalam sesuatu rayuan di bawah seksyen ini Mahkamah boleh, selepas mendengar Pendaftar, membenarkan cap dagangan yang dicadang untuk didaftarkan itu diubahsuai dengan apa-apa cara yang pada matannya tidak menyentuh identiti cap dagangan itu, tetapi dalam sesuatu hal yang demikian cap dagangan itu sebagaimana diubahsuai hendaklah diiklankan dengan cara yang ditetapkan sebelum didaftarkan.
(10)
Jika seseorang yang memberi notis mengenai bangkangan atau jika seseorang pemohon yang menghantar suatu/tuntutan-balas selepas menerima suatu-salinan notis itu, atau jika seseorang perayu, tidak tinggal dan juga tidak menjalankan perniagaan di Malaysia, Mahkamah boleh menghendakinya memberi sekuriti bagi kos pembicaraan dihadapan Mahkamah berkaitan dengan bangkangan, permohonan atau rayuan itu, mengikut mana yang berkenaan,
28