Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
(a)
permohonan itu telah tidak dibangkang dan tempoh bagi bangkangan telah tamat; atau
(b)
permohonan itu telah dibangkang dan bangkangan itu telah diputuskan untuk faedah pemohon,
Pendaftar hendaklah, melainkan jika permohonan itu telah disetujuterima dengan silap, mendaftarkan cap dagangan itu apabila dibayar bayaran yang ditetapkan di atas nama tuanpunyanya dalam Bahagian A atau Bahagian B dalam Daftar, mengikut mana yang berkenaan, dan cap dagangan yang didaftarkan sedemikian hendaklah didaftarkan seperti pada tarikh permohonan untuk pendaftaran itu dan tarikh itu hendaklah disifatkan bagi maksud Akta ini sebagai tarikh pendaftaran.
(2)
Apabila didaftarkan sesuatu cap dagangan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan kepada pemohon suatu perakuan pendaftaran mengenai cap dagangan itu dalam bentuk yang ditetapkan dan perakuan itu hendaklah dicap dengan meteri Pendaftar.