Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
(2)
Jika adalah dibuktikan samada—
(a)
bahawa perkataan atau perkataan-perkataan itu telah digunakan secara terkenal dan pasti sebagai nama atau perihal barang atau benda itu oleh orang atau orang-orang yang menjalankan perdagangan barang atau benda itu iaitu bukan telah digunakan berhubung dengan barang-barang yang ada hubungan dalam perjalanan perdagangan dengan tuanpunya atau seseorang pengguna berdaftar cap dagangan itu atau, mengenai cap dagangan perakuan, bukan telah digunakan berhubung dengan barang-barang yang diperakui oleh tuanpunya itu; atau
(b)
bahawa barang atau benda itu telah dahulunya dibuat di bawah suatu jaminhak; bahawa suatu tempoh dua tahun atau lebih telah luput selepas berhentinya jaminhak itu dan bahawa perkataan atau perkataan-perkataan itu adalah hanya nama atau perihal yang praktik bagi barang atau benda itu;
maka seksyen-kecil (3) hendaklah berkuatkuasa.
(3)
Apabila fakta-fakta yang disebutkan dalam/pereng gan—
—atau—
seksyen-kecil (2) dibuktikan berkenaan dengan sesuatu perkataan atau perkataan-perkataan maka—
(a)
jika cap dagangan itu terdiri semata-mata dari perkataan atau perkataan-perkataan itu, pendaftaran cap dagangan itu, setakat mana yang berkenaan dengan pendaftaran mengenai%barang atau-benda-yang-berkenaan-itu-atau-mengenai barang-barang-dari-perihal-yang-sama, hendaklah disifatkan bagi maksud seksyen 45 sebagai suatu catitan yang berada dengan salah dalam Daftar;
(b)
jika cap dagangan itu mengandungi perkataan atau perkataan-perkataan itu dan perkara lain, Mahkamah atau Pendaftar pada memutuskan samada cap dagangan itu hendaklah berada dalam Daftar, setakat mana berkenaan dengan pendaftaran mengenai/barang atau-benda-yang-berkenaan-itu atau-mengenai-barang-barang-dari-perihal-yang sama boleh, sekiranya keputusan diberi membenarkan cap dagangan itu berada dalam Daftar, menghendaki sebagai suatu syarat keputusan itu supaya
CAP DAGANGAN tuanpunyanya melucutkan apa-apa hak ke atas penggunaan eksklusif perkataan atau perkataan-perkataan berhubung dengan/barang atau benda itu atau apa-apa barang dari perihal yang sama tetapi walau bagaimanapun tiada sesuatu pelucutan dalam Daftar boleh menyentuh apa-apa hak tuanpunya sesuatu cap dagangan kecuali sebagaimana yang berbangkit dari pendaftaran cap dagangan yang mengenainya pelucutan itu dibuat; dan
(c)
bagi maksud apa-apa pembicaraan lain di sisi undang-undang berhubung dengan cap dagangan itu—
(i)
jika cap dagangan itu terdiri semata-mata dari perkataan atau perkataan-perkataan itu, semua hak tuanpunya berdaftarnya ke atas penggunaan eksklusif cap dagangan itu berhubung dengan /barang atau benda yang berkenaan itu atau berhubung dengan apa-apa barang dari perihal yang sama; atau
(ii)
jika cap dagangan itu mengandungi perkataan atau perkataan-perkataan itu dan perkara lain, semua hak tuanpunya berdaftarnya ke atas penggunaan eksklusif perkataan atau perkataan-perkataan itu dalam hubungan seperti dalam perenggan-kecil (1), hendaklah disifatkan sebagai telah berhenti pada tarikh penggunaan yang disebutkan dalam perenggan (a) seksyen-kecil (2) mula-mula menjadi terkenal dan pasti atau apabila tamat tempoh dua tahun yang disebutkan dalam perenggan (b) seksyen-kecil (2).
(4)
Tiada sesuatu perkataan yang biasanya digunakan dan diterima sebagai nama bagi satu unsur kimia atau satu sebatian kimia, sebagaimana yang berbeza dengan sesuatu campuran, boleh didaftarkan sebagai suatu cap dagangan mengenai benda atau sediaan kimia kecuali bahawa seksyenkecil ini tidaklah berkuatkuasa berhubung dengan sesuatu perkataan yang digunakan untuk menunjukkan hanya sesuatu jenama atau buatan unsur atau sebatian yang dibuat oleh tuanpunya atau seseorang pengguna berdaftar cap dagangan itu sebagaimana yang berbeza dengan unsur atau sebatian yang dibuat oleh orang-orang lain dan berkaitan dengan sesuatu nama atau perihal yang sesuai yang terbuka untuk kegunaan orangramai.
(a)
orang yang pada masa itu dicatitkan dalam Daftar sebagai tuanpunya berdaftar sesuatu cap dagangan adalah berkuasa, tertakluk kepada apa-apa hak yang terdapat dalam Daftar sebagai diletakhak pada mana-mana orang lain, menyerahakkan cap dagangan itu dan memberi penyelesaian-penyelesaian yang sah bagi apa-apa balasan untuk penyerahakan itu;
(b)
apa-apa ekuiti mengetahui
(b)
apa-apa ekuiti mengenai sesuatu cap dagangan boleh dikuatkuasakan sama seperti ekuiti mengenai apa-apa harta diri yang lain.