Malaysia legislation

Section 35

of AKTA CAP DAGANGAN 1976

Seksyen 35

(2)

Jika dua orang atau lebih adalah tuanpunya bagi cap-cap dagangan berdaftar yang serupa atau hampir-hampir menyerupai satu sama lain samada—bagi—barang-barang yang—sama—atau—bagi—barang-barang—yang berlainan, hak-hak eksklusif ke atas penggunaan salah satu daripada cap-cap dagangan itu tidaklah diperolehi (kecuali setakat mana hak-hak mereka masing-masing telah ditentukan oleh Pendaftar atau Mahkamah) oleh mana-mana seorang daripada mereka itu terhadap mana-mana seorang lain daripada mereka itu dengan pendaftaran cap dagangan itu tetapi tiaptiap seorang daripada mereka itu adalah mempunyai hak-hak yang sama terhadap orang-orang lain (yang bukan pengguna-pengguna berdaftar) sebagaimana ia tetap mempunyai hak-hak itu jika ia adalah seorang tuanpunya berdaftar tunggal cap dagangan itu.