Malaysia legislation

Section 37

of AKTA CAP DAGANGAN 1976

Seksyen 37

Dalam semua pembicaraan di sisi undang-undang berkenaan dengan sesuatu cap dagangan yang didaftarkan dalam Bahagian A dalam Daftar (termasuk permohonan-permohonan di bawah seksyen 45) pendaftaran asal cap dagangan itu di bawah Akta ini hendaklah, selepas tamat tujuh tahun dari tarikh pendaftaran asal itu, dikira sebagai sah mengenai semua perkara melainkan jika dibuktikan—

(a)

bahawa pendaftaran asal cap dagangan itu telah didapatkan secara frod;

(b)

bahawa cap dagangan itu adalah bersalahan dengan peruntukan-peruntukan seksyen 14; atau

(c)

bahawa pada permulaan pembicaraan itu cap dagangan itu telah tidak distinktif akan barang-barang/tuanpunya berdaftar itu, kecuali bahawa seksyen ini tidaklah dipakai bagi sesuatu cap dagangan yang didaftarkan di bawah Ordinan-ordinan yang dimansuhkan dan yang disatukan dalam Daftar menurut seksyen-kecil (3) seksyen 6 sehingga selepas tamat tempoh tiga tahun dari mula berkuatkuasanya Akta ini.