Malaysia legislation
Section 38
Seksyen 38
(a)
sebagai penggunaan sebagai suatu cap dagangan; atau
(b)
di mana penggunaan itu adalah penggunaan di atas barang-barang itu atau dalam hubungan fizika dengannya atau dalam suatu pekeliling iklan, atau lain-lain iklan, yang dikeluarkan kepada orangramai, sebagai mengertikan suatu rujukan kepada seseorang yang mempunyai hak samada sebagai tuanpunya berdaftar atau sebagai seorang pengguna berdaftar untuk menggunakan cap dagangan itu atau sebagai mengertikan suatu rujukan kepada barang-barang yang dengannya orang itu ada hubungan dalam perjalanan perdagangan;
(2)
Dalam sesuatu tindakan mengenai pelanggaran suatu cap dagangan yang didaftarkan dalam Bahagian B dalam Daftar (yang bukan suatu pelanggaran yang berlaku oleh sebab sesuatu perbuatan yang disebutkan dalam seksyen 39), sesuatu tegahan atau sesuatu relif lain tidak boleh diberi kepada pihak menuntut jika pihak kenatuntut membuktikan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa penggunaan cap dagangan yang mengenainya pihak menuntut itu mengadu tidak mungkin memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan atau dikira sebagai menunjukkan suatu hubungan dalam perjalanan perdagangan antara seorang yang ada mempunyai hak samada sebagai tuanpunya berdaftar atau sebagai pengguna berdaftar untuk menggunakan cap dagangan itu dengan barang-barang/yang mengenainya cap dagangan itu didaftarkan.