Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(a)
cara penggunaan;
(b)
penggunaan di dalam sesuatu kawasan wilayah dalam Malaysia; atau
(c)
penggunaan berhubung dengan barang-barang yang akan diekspot ke suatu pasaran di luar Malaysia
"cap" termasuklah suatu tanda, jenama, kepala, lebel, tikit, nama, tandatangan, perkataan, huruf, angka atau apaapa gabungannya;
"cap dagangan", kecuali berkenaan dengan Bahagian XI, ertinya suatu cap yang digunakan atau dicadang untuk digunakan berhubung dengan barang-barang/bagi maksud menunjukkan atau supaya menunjukkan suatu hubungan dalam perjalanan perdagangan di antara barang-barang itu dengan seorang yang berhak samada sebagai tuanpunya atau sebagai pengguna berdaftar bagi menggunakan cap itu samada dengan menunjukkan atau dengan tiada menunjukkan identiti orang itu dan, berkenaan dengan Bahagian XI, ertinya suatu cap yang boleh didaftarkan atau yang didaftarkan di bawah Bahagian XI yang tersebut itu;
"cap dagangan berdaftar" ertinya suatu cap dagangan yang benar-benar ada dalam Daftar;
"cap dagangan yang boleh didaftarkan" ertinya suatu cap dagangan yang boleh didaftarkan di bawah peruntukan peruntukan Akta ini;
"Daftar" ertinya Daftar Cap Dagangan yang disimpan di bawah Akta ini;
"daftar-daftar dahulu" ertinya daftar-daftar cap dagangan yang disimpan di bawah Ordinan-ordinan yang dimansuhkan;
dalam...
"ditetapkan", berhubung dengan pembicaraan di hadapan Mahkamah atau pembicaraan permulaan baginya atau pembicaraan yang berkaitan dengannya, ertinya ditetapkan oleh kaedah-kaedah Mahkamah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah yang ditubuhkan di bawah Akta Mahkamah Kehakiman, 1964, dan dalam hal-hal lain, ertinya ditetapkan oleh Akta ini atau oleh apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya;
→ "konvensyen Paris" ...
"Mahkamah" ertinya Mahkamah Tinggi;
"Ordinan-ordinan yang dimansuhkan" ertinya Ordinan Cap Dagangan 1950, Ordinan Cap Dagangan, Sabah dan Ordinan Cap Dagangan, Sarawak;
"Pendaftar", "Timbalan Pendaftar" dan "Penolong Pendaftar" masing-masing ertinya Pendaftar Cap Dagangan, Timbalan Pendaftar Cap Dagangan dan Penolong Pendaftar Cap Dagangan yang dilantik di bawah seksyen 4;
x² penemuan ---
"pengguna berdaftar" ertinya seorang yang didaftarkan sebagai demikian di bawah Bahagian IX;
"penggunaan yang dibenarkan", berhubung dengan suatu cap dagangan berdaftar, ertinya penggunaan cap dagangan itu oleh seorang pengguna berdaftarnya berhubung dengan barang-barang/dengan mana pengguna itu ada hubungan dalam perjalanan perdagangan dan yang mengenainya cap dagangan itu masih didaftarkan dan pengguna itu adalah didaftarkan sebagai seorang pengguna berdaftar, iaitu penggunaan yang mematuhi apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas pendaftarannya;
→ "Penolong Pendaftar"...
"penyerahakan" ertinya penyerahakan dengan perbuatan pihak-pihak yang berkenaan;