Malaysia legislation

Section 40

of AKTA CAP DAGANGAN 1976

Seksyen 40

(a)

penggunaan dengan suci hati oleh seseorang akan namanya sendiri atau nama tempat perniagaannya atau nama tempat perniagaan mana-mana peniaga sebelumnya dalam perniagaannya;

(b)

penggunaan dengan suci hati oleh seseorang akan sesuatu perihal jenis atau kualiti barang-barangnya yang bukan suatu perihal yang mungkin dikira sebagai bererti apa-apa rujukan yang disebutkan dalam perenggan (b) seksyen-kecil (1) seksyen 38 atau perenggan (b) seksyen-kecil (3) seksyen 56;

(c)

penggunaan oleh seseorang akan sesuatu cap dagangan berhubung dengan barang-barang/yang mengenainya ia dengan sendirinya atau melalui peniaga-peniaga sebelumnya dalam perniagaannya telah menggunakan terus-menerus cap dagangan itu dari suatu tarikh sebelum—

(i)

cap dagangan berdaftar itu digunakan oleh tuanpunya berdaftar itu, oleh peniaga-peniaga sebelumnya dalam perniagaannya atau oleh seorang pengguna berdaftar cap dagangan itu; atau

(ii)

cap dagangan itu didaftarkan, mengikut mana yang lebih awal;

(d)

berhubung dengan barang-barang yang ada hubungannya dalam perjalanan perdagangan dengan tuanpunya berdaftar atau seorang pengguna berdaftar cap dagangan itu jika, mengenai barang-barang itu atau mengenai sebahagian besar daripada barang-barang itu, tuanpunya berdaftar atau pengguna berdaftar itu telah, pada mematuhi penggunaan yang dibenarkan, memakai cap dagangan itu dan telah tidak kemudiannya menghapuskan atau memadamkannya; atau—telah—pada bila-bila—masa-menyetujui-secara-nyata-atau-secara fahaman-penggunaan-cap-dagangan-itu; dan-

(dd)

...

(e)

penggunaan cap dagangan itu oleh seseorang berhubung dengan barang-barang/yang disesuaikan untuk menjadi sebahagian daripada, atau untuk menjadi alatambah kepada, barang-barang/lain yang mengenainya cap dagangan itu telah digunakan tanpa melanggar hak yang diberi atau yang mungkin pada masa itu digunakan sedemikian, jika penggunaan cap dagangan itu adalah menasabah perlu untuk menunjukkan yang barang-barang/itu adalah disesuaikan sedemikian dan jika maksud dan juga kesan penggunaan cap dagangan itu tidak menunjukkan sesuatu hubungan dalam perjalanan perdagangan antara seseorang dengan barang-barang/itu melainkan dengan mengikut fakta-fakta itu; dan

(f)

penggunaan sesuatu cap dagangan, iaitu satu dari-pada dua atau lebih cap dagangan berdaftar yang serupa pada matannya, pada menjalankan hak untuk menggunakan cap dagangan itu yang diberi oleh pendaftaran sebagaimana diperuntukkan oleh Akta ini.

(2)

Jika sesuatu cap dagangan didaftarkan tertakluk kepada syarat-syarat, pindaan-pindaan, ubahsuaian-ubahsuaian atau batasan-batasan, maka cap dagangan itu tidak-lah dilanggar jika cap dagangan itu digunakan dengan apaapa cara berhubung dengan barang-barang yang akan dijual atau pun ditukarbeli di sesuatu tempat atau berhubung dengan barang-barang yang akan diekspot ke sesuatu pasaran/atau dalam hal keadaan lain yang, memandang kepada syarat-syarat, pindaan-pindaan, ubahsuaian-ubahsuaian, atau batasan-batasan itu, tidak diliputi oleh pendaftaran.