Malaysia legislation

Section 42

of AKTA CAP DAGANGAN 1976

Seksyen 42

Jika sesuatu cap dagangan telah dihapuskan dari Daftar kerana bayaran bagi pembaharuannya tidak dijelaskan, cap dagangan itu hendaklah, bagaimana jua pun, bagi maksud permohonan untuk mendaftarkan sesuatu cap dagangan dalam tempoh satu tahun dari tarikh /penghapusan. itu disifatkan sebagai suatu cap dagangan yang telah pun berada dalam Daftar kecuali bahawa peruntukan-peruntukan yang di atas tidaklah berkuatkuasa apabila Pendaftar berpuashati samada—

(a)

bahawa tiada apa apa

(a)

bahawa tiada apa-apa penggunaan suci hati telah dilakukan mengenai cap dagangan yang dihapuskan itu dalam masa dua tahun sebelum sahaja ia dihapuskan; atau

(b)

bahawa tiada apa-apa perdu

(b)

bahawa tiada apa-apa perdayaan atau kekeliruan mungkin timbul dari penggunaan cap dagangan yang dipohon untuk didaftarkan itu oleh sebab apa-apa penggunaan yang dilakukan dahulu mengenai cap dagangan yang dihapuskan itu.

Section 42 — AKTA CAP DAGANGAN 1976 | mylaw.my