Malaysia legislation

Section 44

of AKTA CAP DAGANGAN 1976

Seksyen 44

(2)

Pendaftar boleh mengarahkan supaya sesuatu permohonan di bawah seksyen ini diiklankan dengan cara yang ditetapkan jika ia dapati sesuai berbuat demikian, dan jika dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh iklan itu seseorang memberi notis kepada Pendaftar dengan cara yang ditetapkan mengenai bangkangan terhadap permohonan itu, Pendaftar hendaklah selepas mendengar pihak-pihak yang berkenaan itu, jika sedemikian dikehendaki, memberi keputusan mengenai perkara itu.

(3)

Sesuatu keputusan Pendaftar di bawah seksyen ini adalah tertakluk kepada rayuan kepada Mahkamah.

(4)

Jika keizinan di bawah seksyen-kecil (1) diberi, cap dagangan itu, sebagaimana diubah, hendaklah diiklankan dengan cara yang ditetapkan melainkan jika ia telah pun diiklankan dalam bentuk ia telah diubah itu dalam suatu iklan di bawah seksyen-kecil (2).