Malaysia legislation

Section 45

of AKTA CAP DAGANGAN 1976

Seksyen 45

(a)

Mahkamah boleh, atas permohonan dengan cara yang ditetapkan dari seseorang yang terkilan dengan tidak termasuknya atau dengan/tertinggalnya dari Daftar itu sesuatu catitan atau dengan sesuatu catitan yang dibuat dalam Daftar tanpa sebab-sebab yang cukup atau dengan sesuatu catitan yang berada dengan salah dalam Daftar atau dengan sesuatu kesilapan atau kecacatan dalam sesuatu catitan dalam daftar, membuat apaapa perintah yang difikirkannya patut supaya catitan itu dibuat, dihapuskan atau diubah;

(b)

Mahkamah boleh, dalam apa-apa pembicaraan di bawah seksyen ini, memutuskan apa-apa soal yang mungkin perlu atau sesuai diputuskan berhubung dengan membetulkan Daftar;

(c)

mengenai frod dalam pendaftaran, penyerahakan, atau perpindahan sesuatu cap dagangan berdaftar atau jika pada pendapat Pendaftar adalah perlu memohon kepada Mahkamah bagi kepentingan orangramai, Pendaftar sendiri boleh berbuat demikian di bawah seksyen ini;

(d)

sesuatu perintah Mal

(d)

sesuatu perintah Mahkamah membetulkan Daftar hendaklah mengarahkan supaya notis pembetulan itu disampaikan kepada Pendaftar dengan cara yang ditetapkan dan Pendaftar hendaklah apabila menerima notis itu membetulkan Daftar dengan sewajarnya.

(2)

Kuasa untuk membetulkan Daftar, yang diberi oleh seksyen ini adalah termasuk kuasa untuk memindahkan sesuatu pendaftaran dalam Bahagian A dalam Daftar ke Bahagian B.