Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
(a)
bahawa cap dagangan itu
(a)
bahawa cap dagangan itu telah didaftarkan tanpa niat suci hati di pihak pemohon pendaftaran itu atau, jika cap dagangan itu telah didaftarkan di bawah seksyen-kecil (1) seksyen 26, tanpa niat suci hati di pihak pertubuhan perbadanan atau pengguna berdaftar yang berkenaan itu, untuk menggunakan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang itu dan bahawa pada sebenarnya tiada apa-apa penggunaan suci hati telah dilakukan mengenai cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang itu oleh tuanpunya berdaftar atau pengguna berdaftar cap dagangan itu pada masa itu hingga tarikh satu bulan sebelum tarikh permohonan itu; atau
(b)
bahawa hingga satu bulan
(b)
bahawa hingga satu bulan sebelum tarikh permohonan itu suatu tempoh selama tidak kurang daripada tiga tahun terus menerus telah luput dalam mana cap dagangan itu adalah cap dagangan berdaftar dan dalam tempoh itu tiada apa-apa penggunaan suci hati telah dilakukan mengenai cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang/itu oleh tuanpunya berdaftar atau pengguna berdaftar cap dagangan pada masa itu.
(2)
Melainkan jika seseorang pemohon telah dibenarkan di bawah seksyen 20 untuk mendaftarkan suatu cap dagangan yang serupa atau yang hampir-hampir menyerupai cap dagangan mengenai barang-barang yang dimaksudkan oleh permohonan itu atau melainkan jika Mahkamah atau Pendaftar berpendapat bahawa pemohon itu boleh dibenarkan dengan sepatutnya untuk mendaftarkan cap dagangan itu, Mahkamah atau Pendaftar boleh menolak sesuatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen-kecil (1) berhubung dengan apa-apa barang jika tuanpunya berdaftar cap dagangan itu pada masa itu telah menggunakan dengan suci hati cap dagangan itu sebelum tarikh yang berkaitan itu atau dalam tempoh yang berkaitan itu, mengikut mana yang berkenaan, berhubung dengan barang-barang dari perihal yang sama, iaitu barang-barang yang mengenainya cap dagangan itu didaftarkan.
(3)
Jika berhubung dengan barang-barang yang mengenainya sesuatu cap dagangan didaftarkan—
(a)
perkara yang disebutkan dalam perenggan (b) seksyen-kecil (1) adalah ditunjukkan setakat yang berkenaan dengan kemungkiran menggunakan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang yang akan dijual atau pun ditukarbeli di sesuatu tempat tertentu dalam Malaysia (yang bukan untuk ekspot dari Malaysia) atau berhubung dengan barang-barang yang akan diekspot ke sesuatu pasaran tertentu di luar Malaysia; dan
(b)
seseorang telah dibenarkan di bawah seksyen 20 untuk mendaftarkan sesuatu cap dagangan yang serupa atau yang hampir-hampir menyerupai cap dagangan mengenai barang-barang itu di bawah suatu pendaftaran yang meliputi penggunaan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang yang akan dijual atau pun ditukarbeli di tempat itu (yang bukan untuk ekspot dari Malaysia) atau berhubung dengan barang-barang yang akan diekspot ke pasaran itu, atau Mahkamah atau Pendaftar berpendapat bahawa orang itu mungkin dibenarkan dengan sepatutnya untuk mendaftarkan cap dagangan itu,
Mahkamah atau Pendaftar boleh, atas permohonan oleh orang itu, mengarahkan supaya pendaftaran cap dagangan yang pertama tersebut itu dikenakan apa-apa syarat, pindaan, ubahsuaian, atau batasan yang difikirkan patut oleh Mahkamah atau—Pendaftar bagi menjamin supaya pendaftaran itu tidak lagi meliputi penggunaan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang yang akan dijual atau pun ditukarbeli di tempat itu (yang bukan untuk ekspot dari Malaysia) atau berhubung dengan barang-barang yang akan diekspot ke pasaran itu.
(3A)
...
(4)
Seseorang pemohon tidak berhak menggunakan sebagai alasan, bagi maksud perenggan (b) seksyen-kecil (1) atau bagi maksud seksyen-kecil (3) apa-apa kemungkiran menggunakan sesuatu cap dagangan jika kemungkiran itu dibuktikan sebagai telah disebabkan oleh hal keadaan/khas dalam perdagangan dan bukannya oleh niat tidak hendak menggunakan atau oleh niat hendak menggugurkan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang yang dimaksudkan oleh permohonan itu.
(5)
Sesuatu perintah atau arahan Pendaftar di bawah seksyen ini adalah tertakluk kepada rayuan kepada Mahkamah.