Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
(2)
Jika adalah dicadangkan supaya seseorang didaftarkan sebagai seorang pengguna berdaftar sesuatu cap dagangan, tuanpunya berdaftar dan pengguna berdaftar yang dicadangkan itu hendaklah memohon secara bertulis kepada Pendaftar dengan cara yang ditetapkan dan hendaklah memberi kepada Pendaftar suatu akuan berkanun yang dibuat oleh tuanpunya berdaftar itu atau oleh seseorang yang diberikuasa secara bertulis untuk bertindak bagi pihaknya dan yang diluluskan oleh Pendaftar—
(a)
memberi butir-butir mengenai hubungan yang sedia ada atau yang dicadangkan antara tuanpunya berdaftar itu dengan pengguna berdaftar yang dicadangkan itu, termasuk butir-butir menunjukkan takat kawalan oleh tuanpunya berdaftar itu ke atas penggunaan yang dibenarkan yang akan diberi melalui hubungan mereka dan samada hubungan mereka itu mensyaratkan supaya pengguna berdaftar yang dicadangkan itu menjadi pengguna berdaftar tunggal atau supaya sesuatu sekatan lain diadakan tentang orang-orang yang permohonan mungkin dibuat untuk mereka didaftarkan sebagai pengguna-pengguna berdaftar;
(b)
menyatakan barang-barang yang mengenainya pendaftaran itu dicadangkan;
(c)
menyatakan apa-apa syarat atau sekatan yang dicadangkan berkenaan dengan ciri-ciri barang-barang itu, berkenaan dengan cara atau tempat penggunaan yang dibenarkan atau berkenaan dengan apa-apa perkara lain; dan
(d)
menyatakan samada penggunaan yang dibenarkan itu akan berlangsung selama sesuatu tempoh atau tanpa had tempoh dan jika selama sesuatu tempoh, menyatakan lamanya tempoh itu, dan bersama dengan apa-apa dokumen, maklumat atau keterangan lanjut sebagaimana dikehendaki oleh Pendaftar atau mana-mana peraturan yang ditetapkan di bawah Akta ini.
(3)
Jika kehendak-kehendak seksyen-kecil tuhi, Pendaftar berpuashati, selepas menimbangkan dokumen-dokumen, maklumat dan keterangan yang diberi kepadanya, bahawa dalam segala hal keadaan penggunaan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang yang dicadangkan itu atau berhubung dengan mana-mana daripadanya oleh pengguna berdaftar yang dicadangkan itu tertakluk kepada syarat-syarat atau sekatan-sekatan yang difikirkan sesuai oleh Pendaftar tidak akan berlawanan dengan kepentingan orangramai, ia bolehlah mendaftarkan pengguna berdaftar yang dicadangkan itu sebagai pengguna berdaftar bagi barang-barang itu.
(4)
Pendaftar tidak boleh mendaftarkan seseorang sebagai seorang pengguna berdaftar sesuatu cap dagangan jika ia berpendapat bahawa pendaftaran itu mungkin memberi kemudahan kepada memperdagangkan cap dagangan itu.
(5)
Pendaftaran seseorang sebagai seorang pengguna daftar sesuatu cap dagangan hendaklah selama tempo difikirkan patut oleh Pendaftar dengan memberi kepada maklumat yang disebutkan dalam pe seksyen-kecil (2).
(6)
Pendaftar boleh memutuskan supay. ndaftaran seseorang sebagai seorang pengguna be. sesuatu cap dagangan bermula pada tarikh permohonai buat oleh orang itu untuk didaftarkan sebagai seorang pengguna berdaftar.
(7)
Pendaftar hendaklah, jika dikehendaki oleh seseorang pemohon di bawah seksyen-kedil (2), mempastikan supaya apa-apa dokumen, maklumat dan keterangan yang diberi bagi maksud permohonan itu (lain daripada perkara yang dicatitkan dalam Daftar) tidak dizahirkan kepada pesaing-pesaing dalam perdagangan kequali dengan perintah Mahkamah.