Malaysia legislation

Section 49

of AKTA CAP DAGANGAN 1976

Seksyen 49

(a)

boleh diubah oleh Pendaftar atas permohonan bertulis dengan cara yang ditetapkan dari tuanpunya berdaftar mengenai barang-barang/yang baginya pendaftaran itu berkuatkuasa atau mengenai apaapa syarat atau sekatan yang tertakluk kepadanya pendaftaran itu berkuatkuasa;

(b)

boleh dilanjutkan oleh Pendaftar atas permohonan bertulis tuanpunya berdaftar selama tempoh yang difikirkan patut oleh Pendaftar;

(c)

boleh dibatalkan oleh Pendaftar atas permohonan dengan cara yang ditetapkan dari tuanpunya berdaftar atau pengguna berdaftar atau mana-mana lain pengguna berdaftar cap dagangan itu; atau

(d)

boleh dibatalkan oleh Pendaftar atas permohonan dengan cara yang ditetapkan dari seseorang atas alasan—

(i)

bahawa pengguna berdaftar itu telah menggunakan cap dagangan itu dengan sesuatu cara yang lain daripada penggunaan yang dibenarkan atau dengan sesuatu cara yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan perdayaan atau kekeliruan;

(ii)

bahawa tuanpunya berdaftar itu atau pengguna berdaftar itu telah menyalahnyatakan atau telah tidak menzahirkan sesuatu fakta yang matan bagi permohonan untuk pendaftaran itu atau bahawa hal keadaan telah berubah pada matannya semenjak tarikh pendaftaran itu; atau

(iii)

bahawa pendaftaran itu sepatutnya tidak boleh dilakukan memandang kepada hak-hak yang terletakhak kepada pemohon menurut suatu kontrek dalam mana ia ada mempunyai kepentingan dalam pelaksanaannya.

(2)

Pendaftar boleh pada bila-bila masa membatalkan pendaftaran seseorang sebagai seorang pengguna berdaftar sesuatu cap dagangan bagi apa-apa barang yang mengenai-nya cap dagangan itu tidak lagi didaftarkan.

(3)

---