Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Menteri boleh melantik
(2)
Menteri boleh melantik beberapa orang Timbalan Pendaftar Cap Dagangan sebagaimana yang perlu untuk melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini dan, tertakluk kepada kawalan Pendaftar, Timbalan-timbalan Pendaftar adalah mempunyai segala kuasa dan tugas Pendaftar di bawah Akta ini kecuali kuasa perwakilan yang disebutkan dalam seksyen-kecil (4).
(3)
Menteri boleh melantik beberapa
(3)
Menteri boleh melantik beberapa orang Penolong Pendaftar Cap Dagangan sebagaimana yang perlu untuk melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini dan kuasakuasa dan tugas-tugas seseorang Penolong Pendaftar ialah sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri atau diwakilkan oleh Pendaftar menurut seksyen-kecil (4).
(4)
Pendaftar boleh berhubungan
(4)
Pendaftar boleh, berhubung dengan sesuatu perkara atau klas perkara-perkara tertentu, dengan surat yang ditandatangani olehnya mewakilkan semua atau manamana daripada kuasa-kuasa atau tugas-tugasnya di bawah Akta ini, kecuali kuasa perwakilan ini, kepada seseorang Penolong Pendaftar supaya kuasa-kuasa dan tugas-tugas yang diwakilkan itu boleh dijalankan oleh Penolong Pendaftar yang diperwakilkan itu tetapi sesuatu perwakilan yang dibuat di bawah seksyen-kecil ini boleh dibatalkan menurut budibicara Pendaftar dan tidak menghalang kuasa atau tugas itu daripada dijalankan oleh Pendaftar atau Timbalan Pendaftar.
(5)
Pendaftar hendaklah mempunyai suatu meteri mengandungi sesuatu tanda yang diluluskan oleh Menteri dan teraan meteri itu hendaklah diiktiraf dari segi kehakiman dan diterima sebagai keterangan.
→ 44