Malaysia legislation

Section 53

of AKTA CAP DAGANGAN 1976

Seksyen 53

Peruntukan-peruntukan hendaklah dibuat dengan peraturan-peraturan supaya pendaftaran seseorang sebagai seorang pengguna berdaftar diberitahu kepada mana-mana lain pengguna berdaftar cap dagangan itu, supaya sesuatu permohonan di bawah perenggan (d) seksyen-kecil (1) seksyen 49 diberitahu kepada tuanpunya berdaftar dan kepada tiap-tiap seorang pengguna berdaftar (yang bukan pemohon itu) cap dagangan itu dan supaya suatu peluang untuk didengar diberi kepada pemohon, apabila permohonan itu dibuat dan kepada semua orang yang telah diberitahu mengenai permohonan itu dan yang masukcampur dalam pembicaraan itu mengikut peraturan-peraturan itu.

Section 53 — AKTA CAP DAGANGAN 1976 | mylaw.my