Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
(2)
Pada menentukan samada sesuatu cap adalah disesuaikan untuk berbeza, Pendaftar hendaklah mengambil perhatian setakat mana—
(a)
cap itu disesuaikan pada asasnya untuk berbeza berhubung dengan barang-barang yang berkenaan itu; dan
(b)
dengan sebab penggunaan cap itu atau dengan sebab apa-apa hal keadaan lain, cap itu adalah sebenarnya disesuaikan untuk berbeza berhubung dengan barang-barang yang berkenaan itu.
(3)
Tertakluk kepada perenggan-perenggan (a) dan (b) seksyen 37, perenggan-perenggan (a) hingga (c) seksyen-kecil (1) seksyen 40 dan Bahagian ini, pendaftaran seseorang sebagai tuanpunya berdaftar suatu cap dagangan perakuan mengenai apa-apa barang/adalah, jika sah, memberi kepada orang itu hak eksklusif bagi menggunakan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang/itu, dan tanpa menyentuh keluasan perkataan-perkataan yang di atas, hak itu/hendaklah disifatkan sebagai dilanggar oleh seseorang jika, sebagai bukan tuanpunya berdaftar cap dagangan itu atau sebagai bukan seorang yang diberikuasa oleh tuanpunya berdaftar cap dagangan itu di bawah kaedah-kaedah bagi maksud itu untuk menggunakannya mengikut kaedah-kaedah itu, orang itu menggunakan suatu cap yang serupa dengannya atau yang hampir-hampir menyerupainya hingga mungkin mengelirukan atau menyebabkan kekeliruan, dalam perjalanan perdagangan, berhubung dengan apa-apa barang/yang mengenainya ia didaftarkan dan dengan sesuatu cara yang menyebabkan penggunaan cap itu mungkin dikira samada—
(a)
sebagai penggunaan sebagai suatu cap dagangan; atau-
(b)
di mana penggunaan itu adalah penggunaan di atas barang-barang itu atau dalam hubungan fizika dengannya atau dalam suatu pekeliling iklan, atau lain-lain iklan yang dikeluarkan kepada orangramai, sebagai bererti suatu rujukan kepada seseorang yang mempunyai hak samada sebagai tuanpunya berdaftar atau dengan pemberian-kuasanya di bawah kaedah-kaedah yang berkaitan untuk menggunakan cap dagangan itu atau kepada barang-barang yang diperakui oleh tuanpunya berdaftar;
(4)
Hak bagi menggunakan sesuatu cap dagangan perakuan, yang diberi oleh pendaftaran adalah tertakluk kepada apa-apa syarat, pindaan, ubahsuaian atau batasan yang dicatitkan dalam Daftar dan tidak boleh disifatkan sebagai dilanggar jika cap dagangan itu digunakan dengan apa-apa cara, berhubung dengan barang-barang yang akan dijual atau ditukarbeli di mana-mana tempat, berhubung dengan barang-barang yang akan diekspot ke mana-mana pasaran/,atau dalam apa-apa hal keadaan yang, memandang kepada apa-apa syarat, pindaan, ubahsuaian atau batasan itu, tidak diliputi oleh pendaftaran itu.
(5)
Hak bagi menggunakan sesuatu cap dagangan perakuan, yang diberi oleh pendaftaran tidak boleh disifatkan sebagai dilanggar jika ia digunakan oleh seseorang—
(a)
berhubung dengan barang-barang yang diperakui oleh tuanpunya berdaftar cap dagangan itu jika, mengenai barang-barang atau sebahagian besar daripada barang-barang itu, tuanpunya itu atau seorang lain mengikut pemberian-kuasanya di bawah kaedah-kaedah yang berkaitan telah menggunakan cap dagangan itu dan telah tidak kemudiannya menghapus atau memadamkannya; atau jika tuanpunya berdaftar itu telah pada bila-bila masa mempersetujui dengan nyata atau dengan cara fahaman penggunaan cap dagangan itu; atau
(b)
berhubung dengan barang-barang yang disesuaikan untuk menjadi sebahagian daripada, atau untuk menjadi alatambah pada, barang-barang/lain yang berhubung dengannya cap dagangan itu telah digunakan tanpa melanggar hak yang diberi itu atau mungkin pada masa itu telah digunakan sedemikian, jika penggunaan cap itu adalah menasabah perlu untuk menunjukkan bahawa barang-barang/itu adalah disesuaikan sedemikian dan maksud dan juga kesan penggunaan cap itu tidak-lah untuk menunjukkan lain daripada fakta bahawa barang-barang/itu adalah diperakui oleh tuanpunya berdaftar;
kecuali bahawa perenggan (a) tidaklah berkuatkuasa mengenai penggunaan yang terdiri daripada pemakaian cap itu pada apa-apa barang-barang, walaupun barang-barang itu adalah barang-barang seperti yang disebutkan dalam perenggan itu, jika pemakaian itu adalah berlawanan dengan kaedah-kaedah yang berkaitan.
(6)
Jika sesuatu cap dagangan perakuan adalah satu daripada dua atau lebih cap-cap dagangan berdaftar yang serupa atau hampir-hampir menyerupai satu sama lain, penggunaan mana-mana daripada cap-cap dagangan itu pada menjalankan hak menggunakan cap dagangan itu yang diberi oleh pendaftaran tidak boleh disifatkan sebagai melanggar hak yang diberi sedemikian bagi menggunakan mana-mana lain daripada cap-cap dagangan itu.
(7)
Sesuatu permohonan untuk mendaftarkan suatu cap dagangan di bawah seksyen ini mistilah dibuat secara bertulis dengan cara yang ditetapkan kepada Pendaftar secara bertulis oleh orang yang bercadang untuk didaftarkan sebagai tuanpunyanya.
(8)
Peruntukan seksyen-seksyen-kecil/ (3) hingga (8) dan seksyen-kecil (10) seksyen 25 hendaklah berkuatkuasa berhubung dengan sesuatu permohonan di bawah seksyen ini sebagaimana peruntukan-peruntukan itu berkuatkuasa berhubung dengan sesuatu permohonan di bawah seksyen-kecil (1) seksyen itu.
(9)
Pada menguruskan sesuatu permohonan di bawah seksyen ini, Pendaftar hendaklah memberi perhatian kepada pertimbangan-pertimbangan yang serupa, setakat mana yang berkaitan, seolah-olah permohonan itu adalah suatu permohonan di bawah seksyen 25 dan juga kepada apa-apa pertimbangan lain yang berkaitan dengan permohonan-permohonan di bawah seksyen ini, termasuk perlunya mempastikan supaya sesuatu cap dagangan perakuan mengandungi sesuatu yang menunjukkan yang ianya adalah suatu cap dagangan yang demikian.
(10)
Seseorang pemohon untuk pendaftaran sesuatu cap dagangan di bawah seksyen ini hendaklah menghantar kepada Pendaftar draf kaedah-kaedah bagi mengawal penggunaan cap itu dan kaedah-kaedah itu hendaklah termasuk peruntukan-peruntukan mengenai hal-hal dalam mana tuanpunya itu dikehendaki memperakui barang-barang/dan membenarkan penggunaan cap dagangan itu dan boleh mengandungi apa-apa peruntukan lain yang mungkin dikehendaki atau dibenarkan oleh Pendaftar supaya dimasukkan di dalamnya (termasuk peruntukan-peruntukan memberi hak untuk merayu kepada Pendaftar terhadap apa-apa keengganan tunpunya memperakui barang-barang/ atau membenarkan penggunaan cap
CAP DAGANGAN dagangan itu mengikut kaedah-kaedah itu) dan kaedah-kaedah itu, jika diluluskan, hendaklah disimpan dengan Pendaftar dan hendaklah terbuka untuk diperiksa dengan cara sama seperti Daftar.
(11)
Pendaftar hendaklah menimbangkan permohonan itu berkenaan dengan perkara-perkara yang berikut, iaitu—
(a)
samada pemohon adalah layak untuk memperakui barang-barang yang mengenainya cap itu akan didaftarkan;
(b)
samada draf kaedah-kaedah itu adalah memuaskan; dan
(c)
samada dalam semua hal keadaan pendaftaran yang dipohon itu akan berfaedah kepada orangramai, dan boleh samada—
(i)
enggan menyetujuterima permohonan itu; atau
(i)
enggan menyetujuterima perlu
(ii)
menyetujuterima permohonan itu dan meluluskan kaedah-kaedah itu, samada tanpa ubahsuaian dan dengan takbersyarat atau dengan tertakluk kepada apa-apa syarat, pindaan, ubahsuaian atau batasan yang difikirkannya perlu bagi permohonan atau kaedah-kaedah itu, tetapi, kecuali dalam hal di mana permohonan itu disetujuterima dan diluluskan tanpa ubahsuaian dan dengan takbersyarat, Pendaftar tidak boleh memutuskan perkara itu tanpa memberi peluang kepada pemohon itu untuk didengar dan Pendaftar boleh, atas permintaan pemohon, menimbangkan permohonan itu sebelum diberi pemberian-kuasa untuk meneruskan permohonan itu, supaya ia bebas untuk menimbangkan semula apa-apa perkara yang telah diputuskan olehnya jika apa-apa pindaan atau ubahsuaian dibuat selepasnya dalam permohonan itu atau dalam draf kaedah-kaedah itu.
(12)
Jika sesuatu permohonan telah disetujuterima Pendaftar hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas setujuterimaan itu, mengarahkan supaya permohonan itu sebagaimana disetujuterima itu diiklankan dengan cara yang ditetapkan dan seksyen 28 hendaklah berkuatkuasa berhubung dengan pendaftaran cap itu seolaholah permohonan itu adalah suatu permohonan di bawah seksyen 25 kecuali bahawa, pada memberi keputusan di bawah seksyen 28, Pendaftar hendaklah memberi perhatian hanya kepada pertimbangan yang disebutkan dalam seksyen-kecil (9), dan sesuatu keputusan di bawah seksyen 28 untuk faedah pemohon itu adalah tersyarat kepada keputusan dibuat oleh Pendaftar untuk faedah pemohon itu di bawah seksyen-kecil (13) mengenai apa-apa bangkangan berkenaan dengan mana-mana daripada perkara-perkara yang disebutkan dalam seksyen-kecil (11).
(13)
Apabila notis bangkangan diberi berkenaan dengan mana-mana daripada perkara-perkara yang disebutkan dalam seksyen-kecil (11), Pendaftar hendaklah, selepas mendengar pihak-pihak yang berkenaan, jika dikehendaki sedemikian, dan selepas menimbangkan apa-apa keterangan, memutuskan samada, dan tertakluk kepada syarat-syarat, pindaan-pindaan, ubahsuaian-ubahsuaian atau batasan-batasan apakah mengenai permohonan itu atau mengenai kaedah-kaedah itu, jika ada, pendaftaran akan dibenarkan memandang kepada perkara-perkara itu.
(14)
Kaedah-kaedah yang disimpan mengenai sesuatu cap dagangan perakuan boleh, atas permohonan tuanpunya berdaftar, diubah oleh Pendaftar.
(b)
Pendaftar boleh mengarahkan supaya sesuatu permohonan untuk mendapat persetujuannya diiklankan dalam sesuatu perkara jika didapatinya sesuai berbuat demikian dan, jika Pendaftar mengarahkan supaya sesuatu permohonan diiklankan dan seseorang memberi notis bantahan kepada Pendaftar terhadap permohonan itu dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh iklan itu maka tidaklah boleh Pendaftar memutuskan perkara itu tanpa memberi peluang kepada pihak-pihak yang berkenaan itu untuk didengar.
(15)
Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang yang terkilan yang dibuat dengan cara yang ditetapkan, atau atas permohonan Pendaftar, boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut bagi menghapuskan atau mengubah sesuatu catitan dalam Daftar, berhubung dengan sesuatu cap dagangan perakuan, atau untuk mengubah kaedah-kaedah yang disimpan, atas alasan—
(a)
bahawa tuanpunya berdaftarnya tidak lagi layak memperakui barang-barang/yang mengenainya cap dagangan itu didaftarkan;
(b)
bahawa tuanpunya
(b)
bahawa tuanpunya berdaftarnya tidak mematuhi sesuatu peruntukan kaedah-kaedah yang disimpan yang dikehendaki dipatuhi di pihaknya;
(c)
bahawa adalah tidak berfurah;
(c)
bahawa adalah tidak berfaedah lagi kepada orangramai bagi cap dagangan itu didaftarkan; atau
(d)
bahawa adalah perlu bagi faedah orangramai supaya kaedah-kaedah itu diubah jika cap dagangan itu masih didaftarkan;
tetapi Mahkamah tidaklah mempunyai apa-apa bidangkuasa untuk membuat sesuatu perintah di bawah seksyen 45 atas mana-mana daripada alasan-alasan ini.
(16)
Pendaftar hendaklah membetulkan Daftar dan kaedah-kaedah yang disimpan itu dengan apa-apa cara yang perlu untuk menguatkuasakan sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen-kecil (15).
(17)
Walau apapun peruntukan seksyen-kecil (2) seksyen 63 Pendaftar tidak mempunyai apa-apa bidangkuasa untuk mengaward kos kepada atau terhadap mana-mana pihak dalam sesuatu rayuan kepadanya terhadap keengganan tuanpunya berdaftar cap dagangan perakuan memperakui barang-barang atau membenarkan cap dagangan itu digunakan.
(18)
Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata dalam seksyen ini, seksyen-seksyen 25, 26, 27, 35, 38, 39, 40 (kecuali perenggan-perenggan (a), (b) dan (c) seksyen-kecil (1)), 46, 48, 49, 50, seksyen-seksyen-kecil (3), (4) dan (5) seksyen 55, seksyen 80,/Bahagian IX, Bahagian XII dan mana-mana peruntukan yang lain dalam Akta ini yang perjalanan kuatkuasanya adalah terhad oleh perkataan-perkataannya kepada pendaftaran dalam Bahagian B dalam Daftar tidaklah boleh dipakai berhubung dengan sesuatu cap dagangan perakuan.
(19)
Peruntukan-peruntukan Bahagian ini hendaklah ditafsirkan tertakluk kepada seksyen 19 Akta Piawaian, 1966.