Malaysia legislation

Section 64

of AKTA CAP DAGANGAN 1976

Seksyen 64

(2)

Mana-mana akuan berkanun itu boleh, mengenai rayuan, digunakan di hadapan Mahkamah sebagai ganti keterangan dengan cara afidavit, tetapi jika digunakan sedemikian ia hendaklah mempunyai segala beban dan akibat keterangan dengan cara afidavit.

(3)

Dalam apa-apa tindakan atau pembicaraan berhubung dengan suatu cap dagangan atau nama dagangan, Pendaftar atau Mahkamah, mengikut mana yang berkenaan, boleh membenarkan keterangan diberi mengenai kelazimankelaziman perdagangan yang berkenaan itu dan mengenai mana-mana cap dagangan, nama dagangan, caragaya yang berkenaan yang digunakan secara sah oleh orang-orang lain.