Malaysia legislation

Section 66

of AKTA CAP DAGANGAN 1976

Seksyen 66

(a)

dokumen itu adalah dimeterikan dengan meteri pegawai yang diberikuasa atau dengan meteri kerajaan negara asing itu dan meteri itu adalah mengenai cap-cap dagangan yang didaftarkan di dalam atau pun yang diiktiraf oleh negara asing itu atau jika tiada sesuatu meteri tersebut itu ada disertakan perakuan yang ditandatangani oleh pegawai yang diberikuasa itu yang bermaksud bahawa dokumen itu ialah keterangan mengenai perkara yang terkandung di dalamnya;

(b)

negara asing itu atau sebahagian daripadanya telah membuat perkiraan salingan dengan Kerajaan Malaysia mengenai bolehnya diterima dokumen itu sebagai keterangan.

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

"cap dagangan" ertinya apa-apa tanda, jenama, kepala, lebel, tikit, nama, tandatangan, perkataan, huruf, angka atau apa-apa gabungan daripadanya yang digunakan atau dicadang untuk digunakan berhubung dengan barang-barang bagi maksud menunjukkan atau supaya menunjukkan sesuatu hubungan dalam perjalanan perdagangan antara barang-barang itu dengan seseorang yang berhak samada sebagai tuanpunya atau sebagai pengguna berdaftar untuk menggunakan cap dagangan itu (di negara asing itu) samada dengan menunjukkan atau dengan tidak menunjukkan identiti orang itu dan yang didaftarkan atau pun yang diiktiraf oleh negara asing itu sebagai sesuatu cap dagangan (di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di negara asing itu berkenaan dengan cap-cap dagangan) tetapi tidak termasuk cap-cap dagangan suatu negara asing yang lain yang didaftarkan di negara asing itu atau pun yang diiktiraf oleh negara asing itu menurut sesuatu perkiraan salingan antara negara asing itu dengan negara asing yang lain itu;

"dokumen" ertinya—

(a)

sesuatu salinan bercetak atau bertulis atau cabutan atau lain-lain rekod cap-cap dagangan yang disimpan dan disenggara di negara asing di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di negara asing itu berkenaan dengan cap-cap dagangan; atau

(b)

ane ane dalam

(b)

apa-apa dokumen lain mengenai apa-apa perkara atau perbuatan berkenaan dengan cap-cap dagangan yang didaftarkan dalam negara asing itu atau pun yang diiktiraf oleh negara asing itu sebagai cap-cap dagangan;

"pegawai yang diberikuasa" ertinya seseorang atau sesuatu pihakberkuasa yang diberikuasa oleh kerajaan negara asing untuk menyimpan dan menyenggara suatu daftar atau lain-lain rekod cap-cap dagangan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di negara asing itu berkenaan dengan cap-cap dagangan.

(3)

Untuk mengelakkan keraguan, seksyen ini tidak boleh ditafsirkan sebagai memberi pengiktirafan kepada cap-cap dagangan sesuatu negara asing bagi maksud pendaftaran di bawah Akta ini tetapi hendaklah ditafsirkan hanya mengenai bolehnya diterima dokumen-dokumen negara asing sebagai keterangan dalam sesuatu pembicaraan di hadapan Mahkamah.

Section 66 — AKTA CAP DAGANGAN 1976 | mylaw.my