Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(a)
semua cap dagangan berdaftar bersama dengan nama, alamat dan perihal tuanpunya-tuanpunyanya, pemberitahu penyerahakan dan perpindahan, nama, alamat dan perihal semua pengguna berdaftar, pelucutan, syarat, batasan; dan
(b)
apa-apa perkara lain yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh Menteri berhubung dengan cap dagangan.
(2)
Daftar itu hendaklah dibahagi kepada dua bahagian yang masing-masing dinamakan Bahagian A dan Bahagian B.
(3)
Daftar-daftar dahulu bagi cap dagangan, yang disimpan di bawah Ordinan-ordinan yang dimansuhkan hendaklah disatukan dengan dan menjadi sebahagian daripada Bahagian A atau Bahagian B dalam Daftar mengikut catitan-catitan yang dibuat dalam daftar-daftar dahulu itu sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini.
(4)
Kemasukan daftar-daftar dahulu ke dalam Daftar adalah mempunyai kesan yang berikut:
(a)
jika suatu cap dagangan telah didaftar dan dicatitkan dalam semua daftar dahulu oleh-seorang tuanpunya bagi ketiga-tiga wilayah komponen Malaysia, maka cap dagangan itu hendaklah dengan kemasukannya ke dalam Daftar disifatkan sebagai suatu cap dagangan berdaftar atas nama tuanpunya itu di bawah Akta ini;
(b)
jika suatu cap dagangan telah didaftar dan dicatitkan dalam mana-mana daripada daftar-daftar dahulu oleh seorang tuanpunya bagi mana-mana satu atau dua daripada wilayah-wilayah komponen Malaysia, maka cap dagangan itu hendaklah dengan kemasukannya dalam Daftar disifatkan sebagai suatu cap dagangan berdaftar atas nama tuanpunya itu di bawah Akta ini jika pada tarikh Akta ini mula berkuatkuasa—
(i)
tiada sesuatu cap dagangan yang serupa atau tiada sesuatu cap dagangan yang hampir-hampir menyerupai cap dagangan yang pertama tersebut itu mengenai barang-barang yang sama atau mengenai barang-barang dari perihal yang sama hingga mungkin memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan telah didaftar dan dicatitkan dalam daftar atau daftar-daftar dahulu yang lain-lain itu sebelum daripada tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini oleh seorang tuanpunya atau tuanpunya-tuanpunya yang berlainan bagi mana-mana daripada wilayah komponen Malaysia yang lain-lain itu; dan
(ii)
tiada sesuatu permohonan untuk mendaftarkan suatu cap dagangan yang serupa atau sesuatu cap dagangan yang hampir-hampir menyerupai cap dagangan yang pertama tersebut itu mengenai barang-barang yang sama atau mengenai barang-barang dari perihal yang sama hingga mungkin memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan telah dibuat sebelum daripada tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini oleh seorang lain bagi manamana daripada wilayah-wilayah komponen
Malaysia yang lain-lain itu atau jika permohonan telah dibuat, permohonan itu kemudiannya telah ditolak, digugurkan atau dengan jayanya dibangkang;
(c)
jika suatu cap dagangan telah didaftar dan dicatitkan dalam mana-mana daripada daftar-daftar dahulu oleh seorang tuanpunya bagi mana-mana satu atau dua daripada wilayah-wilayah komponen Malaysia dan suatu cap dagangan yang serupa atau suatu cap dagangan yang hampir-hampir menyerupai cap dagangan yang pertama tersebut itu mengenai barang-barang yang sama atau mengenai barang-barang dari perihal yang sama hingga mungkin memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan telah didaftar dan dicatitkan dalam mana-mana daripada daftar-daftar dahulu oleh seorang tuanpunya atau tuanpunya-tuanpunya yang berlainan bagi semua atau mana-mana satu daripada wilayah-wilayah komponen Malaysia yang lain-lain itu, maka cap dagangan yang pertama tersebut itu dan cap dagangan yang serupa itu atau cap dagangan yang hampir-hampir menyerupai cap dagangan yang pertama tersebut itu hendaklah kedua-duanya dengan kemasukannya dalam Daftar disifatkan sebagai cap-cap dagangan berdaftar atas nama tuanpunya-tuanpunya itu masing-masing di bawah Akta ini dengan syarat cap-cap dagangan itu hendaklah digunakan serentak oleh tuanpunya-tuanpunya itu masing-masing mengikut seksyen-kecil (1) seksyen 20;
(d)
jika suatu cap dagangan telah didaftar dan dicatitkan dalam mana-mana daripada daftar dahulu oleh seorang tuanpunya bagi manamana satu atau dua daripada wilayah-wilayah komponen Malaysia dan hanya suatu permohonan atau permohonan-permohonan untuk didaftarkan suatu cap dagangan yang serupa atau suatu cap dagangan yang hampir-hampir menyerupai cap dagangan yang pertama tersebut itu mengenai barang-barang yang sama atau mengenai barang-barang dari perihal yang sama hingga mungkin memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan telah dibuat sebelum daripada tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini oleh seorang lain bagi mana-mana daripada wilayah-wilayah komponen Malaysia yang lain-lain itu, maka cap dagangan yang pertama tersebut itu hendaklah dengan kemasukannya dalam Daftar berkuatkuasa hanya mengenai wilayah atau wilayah-wilayah komponen Malaysia di mana ia asalnya telah didaftarkan melainkan jika permohonan atau permohonan-permohonan itu kemudiannya telah ditolak, digugurkan atau dengan jayanya dibangkang dan jika demikian halnya maka cap dagangan yang pertama tersebut itu hendaklah disifatkan sebagai suatu cap dagangan berdaftar atas nama tuanpunya itu di bawah Akta ini.
(5)
Walau apapun peruntukan seksyen 30 tarikh percatitan sesuatu cap dagangan dalam mana-mana daripada daftar-daftar dahulu yang disatukan dengan dan menjadi sebahagian daripada Daftar hendaklah disifatkan sebagai tarikh pendaftaran asal cap dagangan itu.