Malaysia legislation

Section 71

of AKTA CAP DAGANGAN 1976

Seksyen 71

Pemakaian sesuatu cap dagangan di Malaysia pada barang-barang yang akan diekspot dari Malaysia dan apa apa perbuatan lain yang dilakukan di Malaysia berhubung dengan barang-barang itu, yang mana jika dilakukan berhubung dengan barang-barang yang akan dijual atau pun ditukarbeli di Malaysia akan menjadi penggunaan suatu cap dagangan di Malaysia, hendaklah bagi maksud Akta ini disifatkan sebagai penggunaan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang itu.

(2)

Seksyen-kecil (1) hendaklah disifatkan sebahagian berhubung dengan barang-barang itu.

(2)

Seksyen-kecil (1) hendaklah disifatkan sebagai telah berkuatkuasa berhubung dengan sesuatu perbuatan yang telah dilakukan sebelum tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini sebagaimana ianya berkuatkuasa berhubung dengan sesuatu perbuatan yang dilakukan selepas tarikh itu, tetapi ianya tidak menyentuh sesuatu keputusan Mahkamah yang telah dibuat sebelum tarikh itu atau keputusan sesuatu rayuan terhadap keputusan yang dibuat sedemikian.

63