Malaysia legislation
Section 79
Seksyen 79
(2)
Sesuatu alamat untuk penyampaian yang dinyatakan dalam permohonan itu atau dalam sesuatu notis bangkangan hendaklah, bagi maksud-maksud permohonan atau notis bangkangan itu, disifatkan sebagai alamat pemohon atau pembangkang itu, mengikut mana yang berkenaan, dan segala dokumen berhubung dengan permohonan atau notis bangkangan itu boleh disampaikan dengan meninggalkannya di alamat untuk penyampaian bagi pemohon atau pembangkang itu, mengikut mana yang berkenaan, atau dengan menghantarnya dengan pos ke alamat itu.
(3)
Sesuatu alamat untuk penyampaian boleh diubah dengan memberitahu Pendaftar secara bertulis.
(4)
Tertakluk kepada seksyen-kecil (1) tuanpunya berdaftar sesuatu cap dagangan hendaklah dari semasa ke semasa memberitahu Pendaftar secara bertulis mengenai apa-apa perubahan dalam Daftar dan Pendaftar hendaklah mengubah Daftar dengan sewajarnya.
(5)
Alamat tuanpunya berdaftar sesuatu cap dagangan sebagaimana terdapat pada masa itu dalam Daftar hendak-lah bagi segala maksud di bawah Akta ini disifatkan sebagai alamat tuanpunya berdaftar itu.
(a)
berkenaan dengan sesuatu cap dagangan, yang bukan suatu cap dagangan berdaftar, yang bermaksud bahawa cap dagangan itu ialah suatu cap dagangan berdaftar;