Malaysia legislation

Section 81

of AKTA CAP DAGANGAN 1976

Seksyen 81

(b)

berkenaan dengan sebahagian daripada sesuatu cap dagangan berdaftar, yang bukan suatu bahagian yang didaftarkan secara berasingan sebagai suatu cap dagangan, yang bermaksud bahawa cap dagangan itu adalah didaftarkan sedemikian;

(c)

yang bermaksud bahawa sesuatu cap dagangan adalah didaftarkan mengenai barang-barang yang mengenainya cap dagangan itu adalah tidak didaftarkan; atau

(d)

yang bermaksud bahawa pendaftaran sesuatu cap dagangan memberi suatu hak ke atas penggunaan eksklusif akan cap dagangan itu dalam hal keadaan dalam mana, memandang kepada syarat-syarat atau batasan-batasan yang dicatitkan dalam Daftar, pendaftaran itu adalah tidak memberi hak itu, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua bulan atau kedua-duanya.

(2)

Bagi maksud seksyen ini penggunaan di Malaysia berhubung dengan sesuatu cap dagangan akan perkataan "berdaftar" atau akan apa-apa perkataan lain yang merujuk samada dengan nyata atau dengan cara faham kepada

CAP DAGANGAN pendaftaran hendaklah disifatkan sebagai bererti suatu rujukan kepada pendaftaran dalam Daftar kecuali—

(a)

jika perkataan itu digunakan dalam perkaitan fisika dengan perkataan-perkataan lain yang ditunjukkan dengan huruf-huruf yang sekurang-kurangnya sama besar dengan huruf-huruf perkataan itu ditunjukkan dan menunjukkan bahawa rujukan itu adalah kepada pendaftaran sebagai sesuatu cap dagangan di bawah undang-undang sesuatu negara di luar Malaysia iaitu negara yang di bawah undang-undangnya pendaftaran yang dirujukkan itu adalah sebenarnya berkuatkuasa;

(b)

jika perkataan itu (iaitu suatu perkataan yang lain daripada perkataan "berdaftar") adalah sendirinya sesuatu yang menunjukkan bahawa rujukan itu adalah kepada pendaftaran sebagaimana disebutkan dalam perenggan (a); atau /

(c)

jika perkataan itu digunakan berhubung dengan suatu cap yang didaftarkan sebagai suatu cap dagangan di bawah undang-undang sesuatu negara di luar Malaysia dan berhubung dengan barang-barang yang akan diekspot ke negara itu.

Section 81 — AKTA CAP DAGANGAN 1976 | mylaw.my