Malaysia legislation
Section 83
Seksyen 83
(2)
Pada khususnya dan tanpa menyentuh keluasan seksyen-kecil (1), peraturan-peraturan itu boleh membuat peruntukan bagi semua atau mana-mana daripada yang berikut—
(a)
mengawal amalan (lain daripada amalan berhubung dengan pembicaraan di hadapan Mahkamah atau berkaitan dengannya) di bawah Akta ini termasuk penyampaian dokumen-dokumen;
(b)
mengklaskan barang-barang/bagi maksud pendaftaran cap-cap dagangan;
(c)
membuat atau menghendaki duplikasi cap-cap dagangan atau lain-lain dokumen;
(d)
mendapatkan dan mengawal penyiaran dan penjualan atau pembahagian salinan-salinan cap dagangan dan lain-lain dokumen dengan apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Menteri;
(e)
menetapkan bayaran yang kena dibayar bagi permohonan apabila mendaftarkan cap dagangan dan lain-lain perkara yang ditetapkan di bawah Akta ini:
CAP DAGANGAN dimansuhkan, dilanjutkan, diubah atau dipinda dengan sewajarnya;
(b)
apa-apa jua perlantikan yang dibuat di bawah undang-undang yang dimansuhkan itu atau di bawah perundangan kecil yang dibuat di bawahnya itu hendaklah terus berkuatkuasa dan berkesan seolah-olah ia telah dibuat di bawah Akta ini melainkan jika selainnya diarahkan oleh Menteri;
(c)
apa-apa jua perakuan yang dikeluarkan di bawah mana-mana daripada undang-undang yang dimansuhkan itu dan yang berkuatkuasa sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah, tertakluk kepada had-had, syarat-syarat dan tempoh sahnya yang dinyatakan dalam perakuan itu, terus berkuatkuasa dan mempunyai kesan yang serupa seolah-olah ia telah dikeluarkan di bawah Akta ini dan Pendaftar boleh meminda, mengubahsuai, membaharui, atau membatalkan perakuan itu mengikut kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh peruntukan-peruntukan yang berkaitan dalam Akta ini berkenaan dengannya.