Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PANGGUNG DAN TEMPAT HIBURAN AWAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1977

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya Tafsiran.

menghendaki makna yang lain-

"hiburan awam" ertinya apa-apa permainan atau apa-apa jua jenis hiburan yang diadakan untuk orang awam dalam mana orang ramai boleh mengambil bahagian;

"lakunan panggung" ertinya apa-apa permainan atau apa-apa jua jenis hiburan yang diadakan untuk awam dalam mana orang ramai mungkin tidak mengambil bahagian dan termasuklah pertunjukan wayang gambar;

"Menteri" ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi

Wilayah Persekutuan;

panggung" ertinya mana-mana tempat yang di atasnya ada apa-apa binaan atau struktur, apa-apa premis atau bangunan samada sementara atau kekal atau apa-apa kraf di atas air atau mana-mana tempat lain di mana sesuatu lakunan panggung dilakukan atau dipersembahkan dan ke mana orang ramai adalah dibenarkan masuk dengan atau tanpa bayaran;

"pegawai pelesen" ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 3;

I. 2-61

pertunjukan wayang gambar" ertinya apa-apa pertun-UKAn gambar-gambar atau lain-lain kesan optik yang dipersembahkan dengan menggunakan alat wayang gambar atau lain-lain alat yang seumpamanya dan termasuklah pengeluaran apa-apa muzik, ucapan atau apa-apa Jua bunyian lain yang menyertai tayangan itu dengan mengguna

Kan alat wayang gambar atau lain-lain alat yang seumpama-nya;

"Pesuruhjaya" ertinya Pesuruhjaya yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Ibukota Persekutuan 1960;

Section 2 — AKTA PANGGUNG DAN TEMPAT HIBURAN AWAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1977