Malaysia legislation
Section 6
of AKTA PANGGUNG DAN TEMPAT HIBURAN AWAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1977
Seksyen 6
(2)
Tertakluk kepada seksyen-kecil (3) pegawai pelesen boleh, apabila dibayar bayaran yang ditetapkan, member kepada pemohon itu suatu lesen dengan apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen itu.
(3)
Tiada sesuatu lesen boleh diberi di bawah Akta ini mengenai sesuatu panggung atau tempat hiburan awam melainkan jika kebenaran secara bertulis atau, dalam ses uatu kes dalam mana lesen adalah perlu, suatu lesen telan didapati daripada Pesuruhjaya di bawah undang-undang berkaitan dengan pihakberk uasa tempatan mengenai pang gung atau tempat hiburan awam itu.
(4)
Pegawai pelesen boleh imenolak sesuatu permohonan jika ia berpuas hati
(a)
bahawa panggung atau tempat hiburan awam itu mungkin membawa kepada pecah keamanan atau menyebabkan halangan, kegusaran atau bencana kepada penduduk-penduduk dalam kawasan tempat itu;
(b)
bahawa sesuatu lakunan di dalam panggung atau tempat hiburan awam itu mungkin dari jenis ber-bahaya, taksopan, lucah atau takwajar atau mungkin membahayakan nyawa manusia; atau
(c)
bahawa lakunan panggung atau hiburan awam itu adalah atau mungkin dengan apa-apa cara memu-daratkan kepentingan negara.