Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, dan termasuklah seseorang Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri dan Pengarah Kebajikan Masyarakat, Wilayah Persekutuan;
“mengemis” ertinya apa-apa kelakuan yang dikira akan mendorong pemberian sedekah, sama ada atau tidak terdapat apa-apa perbuatan
Undang-Undang Malaysia
AKTA 183 6
pura-pura menyanyi, bermain, berlakon, menawarkan sesuatu untuk jualan atau selainnya;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan;
“orang papa” ertinya—
(a)
seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang yang lazim mengunjungi tempat itu atau pun hingga menimbulkan kacau ganggu; atau
(b)
seseorang peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam, sama ada atau tidak dia mengemis, yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan;
“Penguasa” ertinya seseorang yang mengurus atau mengawal sesuatu rumah kebajikan;
“rumah kebajikan” ertinya sesuatu institusi, atau sebahagian daripadanya, yang ditubuhkan di bawah Akta ini untuk menerima, menjaga dan memulihkan orang papa.
Kuasa bagi menghendaki seseorang orang papa tinggal di rumah kebajikan