Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Jika Majistret itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang yang dibawa ke hadapannya itu ialah orang papa, dia boleh memerintahkan supaya orang itu dimasukkan sementara ke dalam suatu rumah kebajikan sementara menunggu suatu laporan oleh pegawai kebajikan masyarakat.
(3)
Laporan itu hendaklah disiapkan dalam tempoh satu bulan dari tarikh orang itu dimasukkan ke dalam suatu rumah kebajikan.
(4)
Seseorang Majistret dalam Kamar jika berpuas hati daripada suatu laporan yang diberikan oleh seseorang pegawai kebajikan masyarakat bahawa orang itu seorang orang papa, boleh dengan waran yang ditandatangani sendiri olehnya memerintahkan supaya orang itu tinggal dalam suatu rumah kebajikan selama tempoh yang tidak boleh melebihi tiga tahun:
Dengan syarat bahawa seseorang Majistret dalam Kamar boleh, jika berpuas hati daripada suatu laporan yang diberikan oleh seseorang pegawai kebajikan masyarakat, melanjutkan Perintah itu selama suatu tempoh selanjutnya yang difikirkannya patut dan tempoh itu tidak boleh melebihi tiga tahun.
(5)
Penguasa rumah kebajikan itu hendaklah menjaga orang papa yang telah dimasukkan sementara atau yang telah diperintahkan supaya tinggal dalam suatu rumah kebajikan.
(6)
Seksyen ini tidak terpakai bagi seseorang yang berumur di bawah lapan belas tahun.
Masuk secara sukarela ke rumah kebajikan