Malaysia legislation

Section 12

of AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977

Seksyen 12

Hal dalam mana pencen, dll., boleh diberikan

Tiada pencen, ganjaran atau award lain boleh diberikan di bawah Bahagian ini kepada seseorang pekerja sehingga pekerja itu telah bersara daripada perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan—

(a)

apabila atau selepas mencapai umur *lima puluh lima tahun;

*CATATAN—Umur persaraan paksa seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa dan Tempatan 1980 [Akta 239] telah dipinda kepada “lima puluh enam”–lihat Akta

Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2001 [Akta A1125].

Undang-Undang Malaysia 8

(b)

apabila atau selepas mencapai umur lima puluh tahun dalam hal seseorang pekerja lelaki, atau empat puluh lima tahun dalam hal seseorang pekerja perempuan dan seseorang pekerja Perkhidmatan Bomba yang berpangkat

Pegawai Rendah dan ke bawah, dengan persetujuan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa yang berkenaan;

(c)

berdasarkan keterangan doktor yang boleh diterima oleh pihak berkuasa yang berkenaan bahawa ia tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya, disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh yang mungkin menjadi kekal;

(d)

apabila jawatannya dihapuskan;

(e)

apabila ditamatkan pekerjaannya demi kepentingan awam;

(f)

apabila dipaksa bersara bagi maksud supaya organisasi pihak berkuasa berkanun atau tempatan di mana dia bekerja itu mudah diperbaiki dan dengan itu terhasil kecekapan atau keekonomian yang lebih lagi; atau

(g)

atas alasan kepentingan negara dengan kehendak Kerajaan.

Persaraan demi kepentingan awam

Section 12 — AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977