Malaysia legislation

Section 13

of AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977

Seksyen 13

Jika perkhidmatan seseorang pekerja ditamatkan atas alasan bahawa, memandang kepada keadaan perkhidmatan, kegunaan pekerja itu kepada perkhidmatan dan semua hal keadaan lain perkara itu, penamatan itu adalah perlu demi kepentingan awam, dan pencen, ganjaran atau award lain tidak boleh secara lain diberikan kepadanya di bawah Akta ini, Menteri boleh, jika difikirkannya patut, memberikan apa-apa pencen, ganjaran atau award lain sebagaimana yang difikirkannya patut dan wajar, tetapi walau bagaimanapun tidak boleh melebihi amaun yang pekerja itu sepatutnya layak mendapat jika sekiranya dia bersara daripada perkhidmatan itu dalam hal keadaan yang diperihalkan dalam perenggan 12(c).