Malaysia legislation

Section 16

of AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977

Seksyen 16

(a)

apa-apa perkhidmatan yang lepas yang terputus oleh sebab berhenti kerja secara sukarela; dan

(b)

apa-apa perkhidmatan yang lepas dengan Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan yang daripada dia telah dipersarakan.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), tempoh yang berikut tidak boleh dimasuk kira bagi maksud persaraan—

(a)

apa-apa tempoh cuti tanpa gaji dan tempoh latihan yang baginya hanya elaun sahaja dibayar; dan

Undang-Undang Malaysia 10

(b)

apa-apa tempoh perkhidmatan yang lepas yang terputus oleh sebab penamatan perkhidmatan atas alasan tatatertib atau dibuang kerja.

(3)

Dalam hal seseorang pekerja yang dilantik bekerja dengan suatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan lain di bawah skim baru, perkhidmatannya yang lepas sebelum tarikh pelantikannya itu tidak boleh diambil kira melainkan jika suatu kelulusan bertulis bagi pelepasannya daripada pekerjaan dengan majikannya yang dahulu telah terlebih dahulu diminta dan didapati.

Pilihan bagi pekerja berpencen apabila bersara

Section 16 — AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977