Malaysia legislation
Section 17
of AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977
Seksyen 17
Seseorang pekerja berpencen yang merupakan seorang pencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau mana-mana kumpulan wang pekerja yang ditubuhkan oleh mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan boleh memilih apabila bersara sama ada—
(a)
menerima pencen penuh dan ganjaran atau ganjaran yang dia layak mendapatnya dengan syarat bahawa pembayaran dibuat kepada Kumpulan Wang sebanyak suatu amaun yang sama banyaknya dengan caruman serta bunga yang telah dibayar oleh Kerajaan atau mana-mana Kerajaan
Negeri atau majikan kepada Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja atau kumpulan wang simpanan lain yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa berkanun atau tempatan bagi pihaknya dalam mana-mana tempoh perkhidmatan yang lepas yang boleh dimasuk kira sebagaimana yang tersebut dalam seksyen 16; atau
(b)
melepaskan bahagian pencen dan ganjaran atau ganjaran yang, jika tidak dilepaskan, sepatutnya telah terakru berkenaan dengan perkhidmatan dalam masa dia menjadi pencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau kumpulan wang simpanan lain yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa berkanun atau tempatan dan mengambil kredit kumpulan wang simpanannya sebagai ganti.
Pencen maksimum daripada perkhidmatan