Malaysia legislation
Section 21
of AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977
Seksyen 21
Pencen, dll., tidak boleh diserah hak
Pencen, ganjaran atau award lain yang diberikan bagi di bawah Bahagian ini tidak boleh diserahhakkan atau dipindahkan atau ditahan, diasingkan atau dilevi bagi atau berkenaan atau dengan apa-apa hutang atau tuntutan kecuali bagi maksud—
(a)
menjelaskan hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan; atau
(b)
menunaikan perintah daripada mahkamah supaya dibayar secara berkala sejumlah wang untuk nafkah bagi isteri atau bekas isteri atau anak yang belum dewasa, sama ada sah taraf atau tidak, pekerja yang telah diberi pencen, ganjaran atau award lain itu.
Pencen, dll., terhenti apabila bankrap