Malaysia legislation
Section 22
of AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977
Seksyen 22
(2)
Jika mana-mana pekerja yang telah diberi pencen atau award lain di bawah Bahagian ini dihukum bankrap atau diisytiharkan sebagai tidak berkemampuan menurut penghakiman sesuatu mahkamah, pencen atau award itu hendaklah terhenti dengan serta-merta.
(3)
Dalam apa-apa hal jika pencen, ganjaran atau award lain tidak diberikan kepada seseorang pekerja oleh sebab dia dihukum bankrap atau diisytiharkan sebagai tidak berkemampuan atau jika pencen atau award lain terhenti oleh sebab pesara itu dihukum bankrap atau diisytiharkan sebagai tidak berkemampuan, adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri dari semasa ke semasa, dalam masa orang itu masih hidup, atau dalam tempoh atau tempoh-tempoh yang lebih singkat sama ada berterusan atau sebaliknya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri, menyebabkan semua atau mana-mana bahagian wang yang orang itu berhak mendapatnya sebagai pencen, ganjaran atau award lain sekiranya dia tidak dihukum bankrap atau tidak diisytiharkan sebagai tidak berkemampuan, supaya dibayar kepada atau digunakan untuk nafkah dan bantuan atau faedah diri, semua atau mana-mana, dengan tidak termasuk orang atau orang lain, daripada orang yang berikut, iaitu, persara itu sendiri dan mana-mana isterinya, anak atau anak-anaknya, mengikut apa-apa kadar dan cara sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Menteri, dan wang itu hendaklah dibayar atau digunakan dengan sewajarnya dan wang yang digunakan bagi menjelaskan hutang pekerja atau persara itu hendaklah, bagi maksud subseksyen ini, disifatkan sebagai digunakan bagi faedahnya.
(4)
Jika seseorang yang telah tidak diberi pencen atau award lain atau yang pencen atau award lainnya telah terhenti di bawah seksyen ini, mendapat pelepasan penuh dan wajar daripada kebankrapan atau tidak berkemampuannya, pencen atau award lain hendaklah diberikan semula kepadanya mulai dari tarikh pelepasan itu.
Pencen, dll., adalah terhenti apabila disabitkan